Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rita Rudaini Akui Rapat...

SEMENJAK bercerai, pelakon Rita Rudaini tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Bagaimanapun, baru-baru...

Gembleng Tenaga, Aset Demi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh warga Felda...

Hafizh Pungut 5 Mata,...

HAFIZH Syahrin Abdullah sekali lagi tampil dengan aksi bertenaga apabila berjaya memungut lima...

Sultan Selangor Lawat Fasiliti...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melawat...

Mara Telah Lahirkan Ramai Modal Insan Terlatih

SEREMBAN – Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah melahirkan ramai modal insan terlatih menerusi pelan pembangunan pendidikannya yang merangkumi pelbagai peringkat bagi memacu negara ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pengarah Mara Negeri Sembilan Mimi Mazlin Mohd Yusof berkata pada masa ini Mara memiliki 345 pusat pendidikan dari peringkat prasekolah hingga universiti.

Mara juga mewujudkan ‘Assuring Employability Programme (AEP)’ dengan kerjasama industri yang berkonsepkan ‘teaching factory’ bagi memastikan pelajarnya mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat pengajian institusi pendidikan Mara, katanya pada Program Outreach Student Mara (Prosma) Negeri Sembilan 2018 di sini, hari ini.

Mengenai Prosma, beliau berkata program tuisyen rakyat yang diperkenalkan pada 2016 itu menyaksikan 800 pelajar akan mendapat manfaat tahun ini.

Katanya program kerjasama Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan Jabatan Pendidikan negeri itu menawarkan peluang pembelajaran kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka di institusi pendidikan Mara yang layak selaras dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.


“Kita tawarkan sebelum keputusan keluar dan ini menunjukkan Mara serius dalam memastikan anak bangsa tidak ketinggalan dalam pendidikan,” katanya.

Katanya usaha itu jelas menunjukkan Mara mendukung hasrat kerajaan dalam mengadakan program ‘outreach’ dan ‘touch point’ kerana ia merupakan satu pendekatan yang murni dalam menyediakan generasi baharu masa depan berlandaskan Transformasi Nasional 2050 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARA

Kategori