Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SOP Solat Jemaah Di...

CADANGAN prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau akan dibincangkan...

PRN Melaka: Najib Mohon...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelepasan...

Isu Hutang, Aliran Tunai...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan...

Wow! TMJ Dapat Hadiah...

SEMPENA Hari Keputeraan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang ke-31 hari ini, Tunku Ismail...

Masalah Sampah Di Flat First Garden Ditangani Segera

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ditubuhkan segera di Flat First Garden di sini, agar penduduk bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata penubuhan KRT di flat berkenaan merupakan langkah pertama yang perlu diambil sebelum analisis sepenuhnya berkenaan aspek kebersihan di kejiranan itu selesai dilakukan oleh kerajaan negeri bersama-sama agensi berkaitan

“Timbunan sampah di flat berkenaan dianggap ‘luar biasa’. Exco kerajaan negeri bersama-sama pihak polis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan berbincang bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah sampah-sarap, malah masalah ‘sampah-sampah’ lain (kumpulan gengster, penagih dadah) di flat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong di flat persendirian itu yang dibina lebih 30 tahun lalu dengan mempunyai 280 unit rumah serta dihuni 127 penduduk.

Zambry berkata pihaknya tidak mahu menuding jari atau bermain politik berhubung isu kebersihan dan timbunan sampah di flat berkenaan, sebaliknya akan berusaha memastikan masalah itu diselesaikan.


“Selain flat ini, kerajaan negeri juga akan menyelesaikan masalah di flat lain kerana ia melibatkan kehidupan sosial rakyat di negeri Perak,” katanya.

Menurut Zambry, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan penggunaan sistem pembuangan sampah kering sistematik iaitu iCycle yang diguna pakai di Melaka.

iCycle merupakan inovasi kitar semula menggunakan sistem kod bar yang dapat merekod sampah kitar semula serta menyediakan pulangan kepada mereka yang menggunakannya. – BERNAMA

Kategori