Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fatehah Raih Pingat Gangsa...

NILAI — Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa menyumbang pingat gangsa dalam acara...

Pesara Guru Lepasan MPG...

KOTA KINABALU - Seramai 70 pesara guru lepasan Maktab Perguruan Gaya (MPG) atau...

Penganggur Dituduh Bunuh Kanak-Kanak...

KANGAR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas...

Kebakaran: Wanita Cedera Rumah...

KOTA KINABALU - Wanita melecur di tangan dan muka dalam kebakaran membabitkan rumah pekerja...

“Masih Solo, Belum Dimiliki Sesiapa” – Ayda Jebat

NAMA penyanyi, Ayda Jebat menjadi bualan hangat gara-gara tindakannya memuat naik gambar sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya, awal minggu ini.

Ekoran penularan gambar tersebut, Ayda mengaku dihujani panggilan telefon serta pesanan ringkas daripada beberapa pihak yang menyangka dirinya yang melangsungkan pertunangan secara mengejut.

Malah, terdapat juga segelintir pihak yang menganggap bintang filem Pinjamkan Hatiku ini merahsiakan majlis bersejarah tersebut dan cuba bernikah secara senyap-senyap.

Disebabkan perkara itu menjadi bahan perbualan hangat dalam kalangan netizen, Ayda tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Saya sendiri tidak menyangka ramai orang ingat saya yang bertunang, malah panggilan telefon dan pesanan ringkas terus diterima hingga ke hari ini bertanyakan perkara itu.

“Saya masih solo dan belum dimiliki sesiapa,” katanya seperti dipetik BH Online, hari ini. Tambah Ayda lagi, majlis berkenaan itu sebenarnya ialah acara pertunangan adik perempuannya iaitu Sabira.

Pada masa sama, Ayda mengakui bukan hanya dirinya tetapi mamanya turut menjadi tumpuan banyak pihak bertanyakan berhubung hal berkenaan.


“Berikutan perkongsian gambar terbabit, mama juga terpaksa menjawab panggilan dan pesanan bertalu-talu masuk ke telefon nya,” kata Ayda.

Sementara itu ditanya mengenai pertunangan Sabira, penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini akui tumpang gembira dengan jodoh yang lebih dahulu menyapa adiknya.

“Sebagai kakak, pastinya saya tumpang gembira dan mahu melihat adik saya bahagia bersama orang tersayang. Giliran saya nanti dulu, sampai masa pasti akan tiba juga,” ujar Ayda.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini dikatakan bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori