Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

514 Penjawat Awam Sudah...

SHAH ALAM - Seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1...

Video: Jenis-Jenis Ketawa Yang...

LAIN orang, lain ragamnya.Lain orang dan lain juga tawanya.Pastinya lepas menonton video di...

Mesyuarat MKT UMNO Malam...

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan malam ini,...

RMK11: Malaysia Vision Valley...

KUALA LUMPUR - Malaysia Vision Valley yang akan diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11...

Masyarakat India Terus Maju Dengan Sokongan BN

KUALA LUMPUR — Masyarakat India di negara ini akan terus maju dan menikmati lebih banyak bantuan dan kemudahan dengan sokongan berterusan kepada kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah amat penting masyarakat India bersatu dan memilih BN menjelang ‘hari besar’ iaitu pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Saya harap kita tutup cerita lama, masyarakat India tutup buku lama. Mana-mana yang tidak bersetuju lupakan ketidaksetujuan itu untuk hari besar yang akan datang dengan menyokong BN di bawah pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau telah melaksanakan pelbagai program khas untuk masyarakat India keseluruhannya, maka untuk mendapatkan sokongan lebih besar, caranya adalah dengan memberikan dukungan lebih kuat kepada kepimpinan beliau,” katanya semasa berucap pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan sokongan berterusan itu akan menjurus kepada masyarakat India terus dibela malah mengecapi lebih banyak bantuan dan pembangunan.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata perayaan Thaipusam yang diraikan penganut Hindu hari ini memperlihatkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi penganut pelbagai agama di negara ini dalam mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Inilah indahnya negara kita, kita lihat keamanan ada di mana-mana dan saya yakin jika keamanan ini dapat dipertahankan, negara kita akan menjadi lebih stabil dan dihormati seluruh dunia,” katanya.

Mengenai sambutan Thaipusam di Batu Caves, Ahmad Zahid berkata kerajaan komited untuk menonjolkannya sebagai tarikan unik yang mendapat perhatian lebih ramai pelancong asing.


Untuk itu, beliau mahu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menggandakan usaha mempromosi perayaan itu agar Batu Caves menjadi sebuah pusat pelancongan dunia yang menerima kunjungan lebih ramai pelancong asing.

“Kerajaan akan salurkan peruntukan kepada kementerian berkenaan untuk melakukan program khusus mempromosi Thaipusam dan Batu Caves kerana tempat ini sebenarnya sudah menjadi destinasi ikonik bagi pelancong asing,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Kuil Sri Subramaniar Swamy yang akan digunakan untuk membangunkan sebuah kompleks kebudayaan masyarakat India.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam, Tan Sri R. Nadarajah; Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur, Tun Samy Vellu serta beberapa menteri kabinet, pemimpin masyarakat India selain ribuan penganut Hindu. — BERNAMA

Kategori