NGERI… Seorang pendaki terkenal di Rusia, Yevgeny Tikhonov ditemui meninggal dunia dengan mayatnya tergantung dari bumbung dan diseliputi ais.
Misteri menyelubungi kematian lelaki berusia 26 tahun ini. Dia tergantung kira-kira 40 kaki dari tanah dan ditemui oleh seorang kanak-kanak di bandar Anzhero-Sudzhensk, iaitu bandar yang terletak kita-kira 65 batu dari Siberia.
Kanak-kanak tersebut kemudiannya memaklumkan kepada orang dewasa.
Badan Tikhonov dikatakan tergantung di bangunan itu untuk tempoh masa yang lama namun media tempatan melaporkan dia hanya meninggal dunia dalam masa dua jam.
Suhu pada malam sebelum kematiannya direkodkan -27 darjah Celsius.
Tikhonov dikenali sebagai pendaki industri yang berpengalaman dan pernah bekerja di bangunan tinggi.
Mendiang juga mempunyai seorang teman wanita. Kes kematiannya kini dalam siasatan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC