Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wow! Yuna Hiasi 8...

SATU lagi pencapaian membanggakan dicatat penyanyi Yunalis Zarai, 30, apabila diberi pengiktirafan menghiasi lapan...

Polis Selangor Tahan 12...

SHAH ALAM - Polis menahan 12 lagi pelajar, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan...

Pengundi Keluar Awal Tunai...

ARAU - Pengundi di Perlis dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk melaksanakan tanggungjawab...

BN Johor Lancar Manifesto...

JOHOR BAHRU – Memperkasa, mensejahterakan rakyat serta melonjakkan potensi seluruh negeri dalam pelbagai...

Mayat Remaja Rohingya Lemas Ditemukan

KUALA BERANG – Mayat remaja Rohingya yang hilang apabila hanyut dibawa arus selepas terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan rakannya Ahad lepas, ditemukan sekumpulan pemancing awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Rahim Salleh Ahmad, 17, dijumpai terapung dalam himpunan kayu di Jambatan Kampung Tapu di sini, kira-kira 9 kilometer dari lokasi terakhir mangsa lemas oleh sekumpulan pemancing berusia 20-an pada 1.30 pagi.

Pemancing berkenaan kemudian menghubungi talian 999 untuk melaporkan penemuan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya telah menerima laporan penemuan mayat berkenaan pada pukul 1.30 pagi.

“Kita telah menerima laporan dan buat masa sekarang kita hanya menunggu hasil bedah siasat yang sedang dijalankan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa Salleh Ahmad Fazul Ahmad, 38, etnik Rohingya, berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mencari mayat anaknya itu.

“Anak sulung saya ini rasa-rasa peluang jumpa dalam keadaan hidup memang sudah tiada, tapi bomba dan polis tetap cari tanpa henti tidak seperti di negara kami.

“Jika di negara kami, pengurusan jenazah itu mati dan tanam, itu sahaja. Tapi di sini, usaha mencari menyelamat dibuat, selepas mati polis pula datang tanya punca mati…sungguh kami sangat terharu.” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Sementara itu, penolong mudir di madrasah tempat mangsa belajar, Mohd Osman Ibrahim, 45, berkata Muhammad Rahim yang merupakan ketua pelajar di sana adalah seorang yang rajin dan cakna pada kawan-kawannya.

“Dia memang disenangi dan jika kami suruh buat sesuatu, dia tidak akan membantah…sentiasa menolong dan sangat sukakan bola sepak. Tiap petang dia akan ke padang di Waterfront Kuala Berang untuk bermain bola bersama rakan-rakannya.

“Pagi sebelum lemas itu memang tidak ada apa-apa yang pelik cuma dia seperti tidak sabar untuk menghabiskan lima helai muka surat al-Quran yang dihafalnya…biasa dia habiskan dalam tiga atau empat helai muka surat sahaja,” katanya lagi.

Dalam kejadian petang Ahad itu, mangsa bersama rakannya Sayid Amin Zainal Amin, 14, cuba menyelamatkan sahabatnya, Mohd Yunus Idris, 13, yang hampir lemas ketika mandi di Sungai Terengganu di sini. – BERNAMA

Kategori