Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pandu Lawan Arus, Pemandu...

KUALA KUBU BHARU - Seorang pemandu lori pembekal ubat yang memandu secara berbahaya...

Mastura Bukan Orang Asing...

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kan­gsar, Datin...

KLCC Gempar Terima Panggilan...

KUALA LUMPUR - Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan daripada...

Pengantin Yang Melarikan Diri...

Ikatan perkahwinan hanya wujud atas kerelaan hati pasangan baik bakal suami mahu pun isteri untuk...

MB Kedah Terima Kunjungan Duta Besar Hungary

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Hungary ke Malaysia Atilla Kali serta rombongannya di pejabat beliau di sini.

Atilla tiba di Wisma Darul Aman di sini dengan diiringi Ketua Pejabat Hal Ehwal Ekonomi, Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur, Dr Emilia Fabian.

Pertemuan itu berlangsung selama 30 minit.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

Attila tiba di Kedah hari ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari bagi meneroka peluang perniagaan antara Kedah dan Hungary.


Beliau juga dijadual menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan menghadiri Forum Perniagaan Kedah-Hungary anjuran Invest Kedah dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Hungary membuka semula kedutaannya di Malaysia pada 2015. – BERNAMA

Kategori