Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Guan Eng Rayu PKR...

GEORGE TOWN - Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR...

Harga Simen Kekal –...

PUTRAJAYA - Harga simen kekal selepas penggiat industri bersetuju tidak menaikkan harga hasil...

Yatt Hamzah, Suami Pilih...

SEPERTI semua maklum, pelakon Yatt Hamzah memilih untuk kembali bersama suaminya setelah menarik...

Kilang Haram: SPRM Serbu...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat anggota...

MCA Umum Jeck Seng Kekal Pertahan Tanjung Piai

PONTIAN – MCA hari ini mengumumkan Ketua MCA Tanjung Piai Datuk Seri Wee Jeck Seng akan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kerusi yang disandangnya sejak PRU12.

Selain itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengumumkan Naib Pengerusi MCA Tanjung Piai Tan Eng Meng sebagai calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas.

“Kita amat yakin dengan kewibawaan Wee yang sentiasa berusaha dan komited bekerja sebagai Anggota Parlimen dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Parlimen Tanjung Piai yang merangkumi DUN Pekan Nanas dan Kukup,” kata Liow selepas melancarkan Bilik Gerakan PRU14 MCA Bahagian Tanjung Piai di Pekan Nanas, di sini hari ini.

Wee pernah menjadi ADUN Pekan Nanas yang dimenanginya pada PRU11 sebelum bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Piai pada PRU12 yang kemudian dipertahankannya pada PRU lalu selepas menyingkirkan calon DAP Mahdzir Ibrahim dengan majoriti 5,457 undi.

Sementara itu, Tan merupakan Naib Pengerusi MCA Bahagian Tanjung Piai selama tiga penggal selain pernah menjadi Ketua Pemuda MCA Bahagian berkenaan.

Pada PRU lepas, MCA meletakkan Wong You Fong untuk bertanding di DUN Pekan Nanas namun beliau tewas kepada calon DAP Yeo Tung Siong dengan kelebihan 2,669 undi.


Sementara itu, Liow berkata pihaknya percaya pembangkang akan menggunakan taktik sama pada setiap kali pilihan raya iaitu memindahkan calon.

“Saya yakin DAP atau Keadilan (PKR) tidak akan bertanding lagi di sini (Tanjung Piai), mereka akan tukar kawasan, calon pun akan tukar, ini adalah (strategi) mereka untuk cuba memperbodohkan rakyat di kawasan ini,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori