Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Plat Motosikal Palsu, Penjual...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya, seorang penjual...

Najib Bidas Tommy ‘Tak...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas Peguam Negara,...

Kes Mahkamah Sivil, Komersil...

SINTOK - Sebanyak 95 peratus kes sivil dan komersil di mahkamah-mahkamah di seluruh...

Terus Melonjak, 6,806 Kes...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini terus melonjak dengan 6,806...

Medan Selera Moden Labuan Beroperasi Bulan Depan

LABUAN – Kompleks medan selera paling moden di Labuan bakal memulakan operasinya bulan depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata projek kerajaan itu, yang dibina dengan kos RM12 juta di kawasan seluas 1.6 ekar di Jalan Tanjung Purun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, adalah bagi menggantikan medan selera lama di pusat bandar ini.

Medan selera berkonsep baharu itu menawarkan pelbagai menu makanan selain menyediakan pentas untuk persembahan, katanya.

“Kementerian akan terus menyediakan kemudahan, infrastruktur dan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk para usahawan tempatan,” katanya selepas meninjau projek pembangunan di sini, hari ini.

Beliau juga memberitahu bahawa projek perumahan di Kampung Ganggarak (fasa 1 dan fasa 2) sudah siap dibina selepas dipantau rapi oleh kementerian dan Perbadanan Labuan.


Projek itu, yang dimulakan pada 2014, dijangka dapat mengatasi masalah pemilikan perumahan bagi kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan 520 unit dalam fasa 1 dan 2 akan dijual antara RM168,000 dan RM90,000 setiap unit.

“Ia boleh dihuni dalam masa tiga bulan lagi,” kata Tengku Adnan.

Sebanyak 1,560 unit rumah sedang dibina di kawasan seluas 16.8 hektar di Kampung Ganggarak. – BERNAMA

Kategori