Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Anwar, Mahathir Setuju Tiada...

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau...

Taufan Mocha Mula Badai...

TEKNAF: Kawasan tepi pantai di Bangladesh dan Myanmar hari ini dibadai Taufan Mocha,...

Dua Kerja Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga...

Tiket Licin 24 Jam,...

KUALA LUMPUR : Tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota disapu licin dalam...

Pengamal Media Kelantan Sertai Taklimat PRU14

KOTA BHARU – Kira-kira 50 pengamal media Kelantan menyertai taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Taklimat yang berlangsung kira-kira empat jam itu disampaikan Pendaftar Akademi Pilihan Raya Nik Aminudin Nik Shahar Sha bertujuan memberi pendedahan kepada pengamal media mengenai perjalanan PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Pengarah SPR Kelantan Mohd Fadly Mohd Fauzi berkata selain pengamal media, taklimat serupa turut diberikan kepada parti politik, petugas keselamatan, kakitangan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Taklimat dari semasa ke semasa ini dijangka selesai Februari ini dan SPR telah bersedia semaksimum mungkin untuk menghadapi PRU14.

“Di Kelantan, seramai 18,000 petugas dilantik daripada kalangan penjawat awam dan NGO untuk menguruskan PRU14,” katanya kepada pemberita selepas taklimat tersebut di sini, hari ini.


Hadir sama Pengarah SPR Kelantan Fakhrul Razi Ab Wahab. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori