Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mengapa Saya Bertanding Jawatan...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang mengemukakan empat sebab beliau...

Wabak Denggi Meningkat Di...

HANOI - Pihak berkuasa tempatan di Vietnam diminta meningkatkan kempen kesedaran dan langkah...

Ketua AMK Cabar Ketua...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

“Saya Akan Ketuai Pasukan...

MELAKA - Pengurusan sebuah kolej antarabangsa di Bukit Sebukor di sini yang sebahagiannya...

Indonesia, AS Bincang Tingkat Kerjasama 2 Hala

JAKARTA – Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, bertemu rakan sejawat dari Amerika Syarikat, James Mattis, di sini pada Selasa dan kedua-duanya telah membincangkan kerjasama pertahanan dua hala, lapor agensi berita China Xinhua.

Antara lain, mereka membincangkan langkah menubuhkan kerjasama risikan dikenali sebagai “our eyes” menyerupai kerjasama “five eyes” yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat dengan negara-negara sekutunya.

Selain itu, perbincangan ke arah perjanjian bagi mendapatkan kerjasama ketenteraan dan maklumat antara kedua-dua negara juga dalam agenda.

Kedua-dua menteri pertahanan turut membincangkan pembelian peralatan ketenteraan, isu keselamatan maritim dan kerjasama antikeganasan.

Sebelum itu, Mattis telah bertemu Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, pada malam Isnin.

Pada pertemuan itu, Retno telah menyatakan pendirian Indonesia dalam isu seperti konflik Israel-Palestin dan Afghanistan.


Selain mengulangi sokongan terhadap hasrat Palestin untuk menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, Retno turut mempersoal polisi AS mengurangkan bantuan kepada Palestin.

Beliau meminta Amerika Syarikat menimbang semula polisinya terhadap Palestin.

Semasa lawatan beliau ke Indonesia yang bakal berakhir pada Rabu, Mattis turut dijadualkan bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo, dan Ketua Menteri Keselamatan, Wiranto. – BERNAMA

Kategori