Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Jual Kepak Ayam...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak hari ini...

Gadis Republik Georgia Jadi...

SEORANG gadis kelahiran Republik Georgia, Kristy Garett, 26 tahun; bakal menjadi penamat kepada...

Warga Emas Hadapi 2...

ALOR SETAR - Seorang warga emas hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di...

Aktres Sridevi Meninggal Dunia...

NEW DELHI - Aktres tersohor India, Sridevi, yang dikagumi oleh berjuta pencinta wayang,...

Model Glamor Dinobatkan Pemandu Trak Paling Seksi

WANITA berusia 26 tahun ini merupakan model glamor namun dia bukan sembarangan kerana turut memiliki lesen memandu trak 18 tayar.

Menurut Blayze Williams, ramai lelaki yang tidak percaya dia boleh memandu trak berkenaan. Dinobatkan sebagai pemandu trak paling seksi di dunia, Blayze, dari Australia, akan memakai pakaian seksi ketika memandu.

Dia menjadikan memandu trak sebagai pekerjaannya sejak tujuh tahun lalu. Menurutnya, dia mahu memasuki dunia pekerjaan yang selama ini didominasi oleh lelaki dan kini telah berjaya.

“Saya berminat menjadi pemandu trak selepas bekerja sebagai pencuci trak, jadi saya cuba dapatkan lesen memandu trak untuk bergerak.

“Dulu bila saya tengok trak diletakkan di tepi jalan, saya jadi takut tapi kini saya gembira kerana memandunya,’’ kata Blayze.


Blayze yang juga juara tunggang kuda hanya mendapat pekerjaan sebagai pemandu trak selepas setahun mendapat lesen.

Dia kini menggalakkan kaum wanita menjadikan kerjaya ini sebagai pilihan kerana terdapat banyak kekosongan dalam bidang berkenaan.

“Walaupun masanya panjang tetapi wang yang diperolehi adalah banyak,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori