SEORANG remaja yang mempunyai darah campuran Korea dan Nigeria, berjaya menjadi model di Korea Selatan meskipun berdepan dengan ejeken.
Han Hyun-Min kini menjadi bintang dalam bidang peragaan di negara berkenaan dan wajah remaja berusia 16 tahun itu menjadi penghias muka depan majalah.
Namun disebabkan Han berkulit gelap, maka agensi modeling yang mengupahnya terpaksa mengambil risiko yang besar disebabkan dia adalah model berkulit gelap.
“Ketika kecil apabila saya bermain bersama budak-budak lain di sekolah, ada ibu mereka yang menghalau saya.
“Saya juga sering ditanya apa yang saya buat di negara orang lain (walaupun dilahirkan di Seoul), menyebabkan saya benci rupa saya,’’ katanya ketika menceritakan pengalamannya ketika kecil.
Han mula terlibat dalam bidang modeling selepas agensi modeling Youn melihat gambarnya di media sosial dan menawarkan kontrak kepadanya.
“Dengan menjadi model, ia membantu meningkatkan keyakinan saya. Sekarang saya bangga dengan wajah saya walaupun sering dihina dan dimalukan,’’ katanya.
Han juga berharap untuk menjadi model kepada anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan campuran. – MYNEWSHUB.CC