Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Saman Ahli...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difailkan ahli keluarga Penolong Pengarah Kastam...

Belanjawan 2023: Jabatan Pembangunan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak...

Bazaria Danau Kota Pindah...

KUALA LUMPUR - Bazaria Danau Kota akan dipindahkan ke Kompleks Uptown Jalan Genting Klang apabila kompleks...

Serena Mahu Lupakan Kontroversi

SYDNEY - Serena Williams berkata, dia mahu melupakan kontroversi tewas di Terbuka Amerika...

MOM Putuskan Atlet Ke Sukan Asia 2018 Selepas MAC

KUALA LUMPUR – Jumlah atlet yang akan mewakili negara pada Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 Sept, akan diputuskan pada Mac atau April depan.

Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) sudah mengemukakan senarai 551 atlet kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipilih mewakili Malaysia pada temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, bagaimanapun berkata senarai akhir atlet dijangka lebih rendah berdasarkan kepada tahap dan persediaan atlet dan pasukan untuk bersaing dengan atlet terbaik di benua ini.

“Mereka ini atlet dan sukan berpotensi bersaing di Sukan Asia, namun senarai akhir akan lebih rendah. Jangkaan saya tidak lebih 500 atlet. Senarai pertama ini untuk mengisi tempat bagi atlet kita di temasya sukan itu, jika tidak mereka tidak boleh mengambil bahagian. Pengesahan senarai akhir kepada penganjur adalah 30 hari sebelum temasya sukan itu bermula.

“Mungkin beberapa persatuan sukan kebangsaan akan menarik diri sepenuhnya atau hanya hantar beberapa atlet, bergantung kepada kategori mana yang akan ditentukan MOM. Kita akan mengesahkan senarai itu lebih awal bagi memberi peluang kepada atlet dan pasukan fokus kepada latihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini hari ini.

Tunku Imran berkata sukan disenaraikan dalam kategori A adalah ditaja sepenuhnya, manakala sukan dalam kategori B harus membiayai sendiri untuk bersaing di temasya sukan itu, yang akan dibayar kembali sekiranya meraih keputusan yang ditetapkan.

“Beberapa sukan mungkin tidak menghantar atlet mereka kerana wang itu boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih baik. Malah, sekali pun mereka boleh mendapatkan pembiayaan, kita tidak akan benarkan menyertai temasya sukan itu jika tahap mereka tidak setanding dengan atlet Asia lain,” katanya.

Malaysia dijangka mengambil bahagian dalam 37 daripada 40 sukan yang dipertandingkan pada Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Antara sukan itu ialah bola sepak, renang, memanah, olahraga, boling, lawan pedang, hoki, menembak, badminton, berbasikal dan kabaddi.


Pentathlon moden, besbol, softball, jetski, gusti, jujutsu, kurash dan sambo adalah antara sukan yang tidak akan menyaksikan penyertaan atlet Malaysia pada temasya sukan berkenaan.

Kontinjen terbesar Malaysia beraksi di Sukan Asia adalah pada edisi 2010 di Guangzhou, China dengan 333 atlet, dan menduduki tempat ke-10 keseluruhan selepas meraih sembilan pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa.

Sementara itu, Tunku Imran mengesahkan Malaysia akan menghantar 176 atlet pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini, tambahan satu lagi tempat selepas atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat mendapat kelulusan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menggantikan Hafifi Mansor.

Hafifi, pemenang pingat emas acara 69kg lelaki pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, digugurkan daripada temasya sukan itu berikutan penggantungan sementara kerana kesalahan doping.

MOM juga melantik bekas atlet memanah dan Olimpian, Cheng Chu Sian sebagai Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Belia di Buenos Aires, Argentina dari 6 hingga 18 Okt depan. – BERNAMA

Kategori