Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Microsoft Umum Pelaburan RM10.5...

KUALA LUMPUR : Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan...

Baik Punya Kang Gary...

SEJAK Mei lalu, akaun Instagram milik bekas ahli program Running Man terus dibiarkan...

Aplikasi Aduan Cakna Bantu...

ALOR GAJAH - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini...

‘Kes Saman Itu Hal...

Alor Setar : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan...

MPK Mula Kuat Kuasa Bayaran Parkir Di Kangar

KANGAR – Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini mengambil tindakan menyaman kenderaan-kenderaan yang tidak mempamerkan kupon meletak kereta di kawasan-kawasan yang diwartakan di seluruh negeri mulai 1 Jan lepas.

Setiausaha MPK, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis berkata waktu penguatkuasaan bayaran meletak kenderaan di kawasan itu mulai Isnin hingga Sabtu (kecuali cuti umum) bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

“Saya ingatkan mengingatkan pemilik kenderaan supaya menggores dan mempamer kupon dengan betul setiap kali meletakkan kenderaan di kawasan meletak kereta berkupon,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, MPK memberi kelonggaran tanpa mengenakan bayaran meletak kenderaan selama tiga bulan setelah syarikat yang diberi kontrak menarik diri.

Beliau berkata MPK akan mengenakan kompaun terhadap pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan itu dan mereka boleh didenda tidak melebihi RM300 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) MPK 2017.


Wan Ahmad berkata kupon letak kereta boleh dibeli di ibu pejabat MPK atau mana-mana pejabat cawangan atau ejen jualan kupon yang dilantik. – BERNAMA

Kategori