Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Tok Lebai’ Raih Undi...

ALOR SETAR - Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz...

Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

23 Anggota Macau Scam...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sekumpulan lelaki warganegara China yang dipercayai sedang menjalankan...

Kira-Kira 22 Terkorban Banjir...

MANAGUA - Kira-kira 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan...

Muak Dengan Drama Kisah Cinta, Beto Buka Mulut Lagi

SETELAH berduyun duyun drama adaptasi novel dan kisah cinta yang disajikan kepada penonton, sekali lagi pelakon Beto Kusyairi membuka mulut mengenai isu ini.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 38, menyuarakan isi hatinya tentang lambakan drama kisah cinta menerusi akaun Twitter miliknya, Selasa lalu.

“Tak sudah dengan kisah cinta berlainan taraf dan kahwin paksa untuk gabung atau selamatkan empayar perniagan.

“Sampai bila eh kita nak duk kat takuk ni? Ke ini yang majoriti penonton kita nak?” tulisnya di Twitter.

Sebagai penonton, kita sendiri dapat melihat bahawa drama petang di televisyen kebanyakannya menggunakan plot yang sama dan jalan cerita yang hampir serupa namun hanya watak sahaja ditukar.

Malah, Beto sendiri mengakui bahawa kebanyakan email yang diterimanya mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang mengatakan bahawa sebab utama banyak drama cinta masa kini ialah kerana demand penonton sendiri yang mahukan drama seperti itu disiarkan.


Tambah pelakon filem Bisik Pada Langit itu lagi, karya yang bagus akan dilihat pada isinya sendiri dan bukan hanya jalan cerita semata-mata.

Enrti Beto itu mendapat sambutan balas bukan sahaja daripada netizen malah turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan yang bersetuju dengan kata-kata Beto.

Antara pelakon yang bersama dengan Beto ialah Zahiril Adzim, Nad Zainal, Anas Ridzuan dan Adam Shahz.

Menurut Zahiril, persamaan jalan cerita drama seperti itu seringkali disiarkan dalam masa yang dekat dengan drama yang baru selesai.

Penonton juga mengharapkan agar akan ada perubahan baharu dalam penerbitan drama Melayu di negara kita agar ia tidak jadi seperti trend dengan hanya siar drama berdasarkan novel semata-mata. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori