Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kisah Di Sebalik Tangisan...

Anugerah Juara Lagu pada tahun ini dijangkakan mencatat persaingan sengit. Lihat sahaja barisan...

Penjaga Zoo Florida Maut...

SEORANG penjaga zoo di Florida, Amerika Syarikat maut selepas dia diserang seekor harimau...

Pengundian Di SK Taman...

PASIR GUDANG : Proses pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula hari...

Mahathir Tolak Cadangan UMNO...

SERDANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak cadangan UMNO Johor supaya...

Muka Macam Belon Akibat Tahi Lalat Kanser

SEORANG wanita muda yang dilahirkan dengan tahi lalat kanser yang besar kini terpaksa menjalani rawatan bagi menyelamatkan nyawanya, melibatkan kulit muka yang ditegangkan seperti belon.

Satu-satunya cara untuk menyelamatkan wanita itu, Xiao Yan, yang berusia 23 tahun adalah dengan membentuk tisu muka yang baru dengan bantuan pakar bedah di China.

Rawatan berkenaan yang dijalankan di sebuah hospital di Shanghai itu terpaksa dilakukan selepas tahi lalatnya mula sakit pada penghujung Mac lalu.

Berikutan itu doktor memberi amarah bahawa sel kanser sedang berkembang. Susulan itu, doktor telah menjanjikan `muka baru’ untuk Xiao Yan apabila proses rawatan itu berakhir.

Namun disebalik tahi lalat yang besar itu, Xiao Yan berkata, dia menikmati masa kecilnya dengan bermain bersama-sama rakannya.

“Namun apabila saya semakin membesar, tahi lalat itu semakin kelihatan hingga memaksa ibunya merayu kepada penduduk kampung supaya tidak mengejeknya,’’ kata Xiao Yan.


Selepas mendapat pandangan daripada seorang doktor pada tahun lepas, keluarga Xiao Yan kemudiannya mengumpul wang sebanyak £11,177 untuk rawatan fasa pertama di Shanghai, yang bermula sejak Oktober tahun lepas.

“Sepanjang bulan pertama rawatan, muka saya sangat sakit kerana kulit yang mengembang sebesar saiz telur itu terpaksa disuntik. Saya rasa seperti mahu menghempas muka saya ke dinding,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori