Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ibu Putus Kaki Depan...

SEORANG ibu yang sedang menunggu anaknya pulang, dirempuh dan digilis hingga putus kaki...

4 Perlawanan Suku Akhir...

KUALA LUMPUR - Empat perlawanan bola sepak suku akhir Piala Malaysia 2014 yang...

Penutupan Akaun Kerajaan Pada...

PUTRAJAYA - Penutupan akaun kerajaan pada 2018 buat pertama kalinya dibuat lebih lewat...

Wilson Hasrat Kumpul Pingat...

MELAKA - Perenang negara, Wilson Sim berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat pada...

Nafi Sumpah Anak Ifa, Roslan Shah Dedah Punca Sengketa

TULAR menerusi media sosial baru-baru ini mengenai selebriti, Ifa Raziah yang tidak dapat menahan sebak apabila pengacara, Roslan Shah didakwa memburuk-burukkan suami dan anaknya.

Selain itu, Ifa juga meluahkan rasa terkilan apabila Roslan bertindak lebih melampau dengan menyumpah anak lelakinya untuk menjadi seorang pondan.

Baca: Ifa Terkilan, Roslan Shah Sumpah Anak Jadi Pondan

Setelah teruk dikecam dengan pelbagai pihak, Roslan dilihat berani tampil mempertahankan diri dan menjelaskan punca sebenar persengketaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, beberapa jam lepas.

Pada masa sama, menerusi posting berkenaan, Roslan juga menyelar kenyataan Ifa yang mendakwa dia menyumpah serta mendoakan anak lelaki penyanyi dangdut itu menjadi pondan.

“Cik Lan tegur kau jangan hina orang BAPOK pasal kau pun ada anak lelaki, nanti tuhan balas anak kau jadi BAPOK siapa yang malu. Betul tak? CIK Lan tak boleh sumpah pasal cik Lan bukan Tuhan.

“Jangan reka-reka cerita dan nasi tambah ya. Itu adalah satu fitnah ya. Insaflah k #SiapaYangMulutJahat,” tulisnya.

Perkongsian yang mendapat perhatian itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana meminta supaya pengacara itu bersabar dalam menerima ujian yang melanda.

Pengacara, Roslan Shah.

Selain itu, terdapat juga segelintir netizen  yang mendoakan agar persengketaan antara dua sahabat ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa mengaibkan mana-mana belah pihak.


“Banyak bersabar ya Cik Lan biarkan dia pedulikan dia. Perangai dia satu-satu dah keluar sekarang ni ramai di luar sana dah buka satu-satu perangai ifa yang bodoh sombong ni harap sangat Cik Lan sabar.

“Teruskan perjuangan Cik Lan dalam industri ni tidak kira di Singapore ke, di Malaysia ke sama je rezeki datang daripada Allah S.W.T,” ujar Salmah.ct.

Penyanyi, Ifa Raziah.

“Semoga segala masalah dapat dilerai dengan baik. Saya peminat anda berdua. Saya bimbang ada yang bertepuk tangan disebalik masalah anda berdua. Kalau pun tak boleh berbaik semula. Saya harap masalah ini dapat redha dan jangan diperbesarkan.

“Dunia seni ini kecil. Saya takut banyak benda yang disampaikan tak betul dan menambahkan lagi amarah pada anda berdua. Mesti ada yang mengambil kesempatan atas masalah ini. Bila kalian dah bergaduh begini. Pihak lagi satu senyap dan gembira dalam diam.

“Banyak benda macam ni jadi. Meruntuhkan persahabatan orang lain. Kalau pun memang kebenaran di pihak Cik Lan. Harap Cik Lan ambil sikap abaikan sebab lama-lama nanti orang akan tahu siapa salah siapa betul,” ujar chyntamedyna pula.

Meskipun kisah antara mereka kini menjadi tular dan mendapat perhatian, netizen diminta agar berhenti menjadi ‘penghukum’ kerana hakikat sebenar hanya empunya badan yang tahu.

Kepada dua selebriti ini pula, kami di Mynewshub berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan matang. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori