Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Padah Cedera Bekas Suami...

KUALA LUMPUR ā€“ Seorang pengangkat barang stor warganegara Pakistan didenda RM1,500 oleh Mahkamah...

PBZT FGV Meningkat 3...

KUALA LUMPUR ā€“ Keuntungan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebelum cukai dan...

Zahid Bakal Hadapi 40...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi...

Peniaga Kedai Runcit Dituduh...

KOTA TINGGI - Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Najib Akui Kekuatan NGO Sebagai Kuasa Ketiga

KOTA BHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui peranan badan bukan kerajaan (NGO) yang sekali gus menjadi ‘kuasa ketiga’ dalam membantu membangunkan negara.

Najib berkata beliau mempunyai impiannya yang tersendiri dalam membangunkan Malaysia sebagai negara kelas pertama, dan tidak berasa keseorangan dalam mencorak masa depan negara hasil sokongan padu yang ditunjukkan NGO selama ini.

“NGO boleh menjadi satu kumpulan yang mempengaruhi rakan ataupun dipanggil ‘opinion leaders’. Mereka boleh menggerakkan perubahan di peringkat akar umbi kerana sebagai kerajaan, kita tak dapat melakukan segala-galanya.

“Dengan NGO sebagai kuasa ketiga, maka kerajaan akan bertambah gagah, kuat dan berkesan,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,500 anggota NGO yang mewakili setiap komposisi kaum di Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat dan Pengerusi Majlis NGO Kelantan Datuk Abdul Aziz Derashid.

Perdana menteri seterusnya meminta anggota NGO Kelantan supaya memilih kepimpinan yang tepat agar segala impian yang dirancang sebelum ini tercapai.

“Jangan cakap pasal impian selagi kita tak dapat mandat. Sokong bila sampai masanya kerana tak lama lagi kita akan ‘beraya’. Kita nak mengukir masa depan yang cukup hebat untuk Malaysia dan kita tak nak Kelantan ketinggalan.

“Kita nak Kelantan bersama untuk kemajuan yang lebih hebat, sebab itu Kelantan kena dipimpin oleh Barisan Nasional (BN),” katanya.


Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan persekutuan bercadang membina sebuah stadium baharu di negeri ini sebagai galakan kepada orang muda untuk lebih aktif dalam bidang sukan.

“Tadi saya bincang dengan anggota UMNO, (ada disuarakan) orang muda nak stadium untuk Kelantan. Memang saya nak buat stadium untuk Kelantan,” katanya.

Perdana menteri seterusnya berkata banyak negara di dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat sehingga pemimpin dunia turut memberi penghormatan kepada negara.

“Mana kita pergi orang terima dan hormat kita. Orang bukan sahaja hormat malah bagi kelebihan kepada Malaysia yang orang lain tak dapat, tapi Malaysia dapat,” katanya sambil memberikan kuota haji tambahan kepada Malaysia yang diluluskan kerajaan Arab Saudi.

“Kalau Malaysia sebuah negara yang gagal, tuan-tuan ingat Raja Salman nak bagi peluang macam tu? Saya bawa sesuatu kerana yakin kita boleh buat dasar yang baik dan dapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Kategori