Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahathir Tepis Rakyat Tidak...

SUBANG JAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menepis kajian yang dilakukan beberapa pihak...

Kerajaan Yakin Dapat Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin dapat mengurangkan impak krisis COVID-19 berikutan asas ekonomi negara...

“Rusia Beli Iklan Promosi...

WASHINGTON - Facebook Inc. berkata, sebahagian iklan yang dibeli Rusia pada tahun lalu...

PAS Sengaja Perlekeh Gelaran...

TUMPAT - Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustaz pada Mat Razi Mat Ail disifatkan...

Najib Hadiri Perbarisan Hari Republik India

NEW DELHI – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai pemimpin ASEAN yang lain sebagai tetamu khas pada istiadat perbarisan Hari Republik Ke-69 India.

Acara tahunan itu berlangsung di Rajpath, dan jalan yang digunakan untuk upacara tersebut terletak di tengah bandar raya ini. Presiden India, Ram Nath Kovind turut hadir pada upacara berkenaan.

Ketibaan Najib yang segak dengan mengenakan sut biru gelap dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 9.40 pagi dalam cuaca dingin 13 darjah, disambut oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.

Menurut laporan media antarabangsa, ini adalah kali pertama India dan Modi menjadi hos kepada ramai tetamu khas daripada pelbagai negara pada sambutan Hari Republik.

Kehadiran pemimpin negara ASEAN itu melambangkan hubungan sedekad antara India dan perkumpulan serantau itu kini telah meningkat ke tahap baharu dan strategik.

Selain Najib, tetamu kehormat termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, Presiden Myanmar Htin Kyaw.


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha; Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Hari Republik disambut bagi meraikan tarikh apabila Perlembagaan India dikuatkuasakan pada 1950. Dengan kehadiran pemimpin ASEAN, India memaparkan kecekapan tenteranya, kebudayaan dan kepelbagaiannya.

Ia berserta pelbagai inisiatif dan pencapaian terbaharunya. Sebanyak 23 komponen yang mewakili pelbagai negeri, kementerian dan organisasi dipersembahkan sepanjang upacara itu yang berlangsung selama dua jam. – BERNAMA

Kategori