Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Usul Batal Keputusan Tolak...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul bagi membatalkan keputusan Dewan Rakyat...

Bongkah Konkrit Jatuh, Pemandu...

AMPANG JAYA - Polis mengeluarkan saman kepada pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan...

Mujahid Tak Wajar Berselindung...

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Menteri...

Pegawai Perlu Sentiasa Bersikap...

KUCHING - Para pegawai pelbagai jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam...

Najib Umum Bina Sekolah Baharu SMK Marak Parak

KOTA MARUDU – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan pembinaan sekolah baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marak Parak di sini membabitkan peruntukan berjumlah RM35 juta.

Pengumuman itu dibuat perdana menteri pada majlis perasmian SMK Bandau hari ini, yang menurutnya susulan permohonan dikemukakan Anggota Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Sekolah baharu SMK Bandau dibina dengan peruntukan RM34 juta dan mula digunakan pada Mac 2014 dengan bilangan pelajar berjumlah 1,022 orang.

Peruntukan lain untuk sekolah baharu itu merangkumi pembinaan tiga makmal komputer dengan peruntukan RM100,000, pembinaan dewan dan sistem siar raya (RM500,000), penyediaan peralatan ICT membabitkan 90 komputer (RM250,000) dan perabot makmal komputer (RM150,000).

Najib menyifatkan kesemua peruntukan yang diluluskan itu membuktikan kerajaan tidak bangkrap seperti didakwa parti pembangkang tetapi kerajaan ada bajet untuk perbelanjaan itu.


Perdana menteri berkata beliau tidak datang dengan tangan kosong setiap kali berkunjung ke Sabah tetapi membawa peruntukan bagi memenuhi keperluan rakyat negeri ini.

Katanya beliau akan terus membantu memajukan kawasan Kota Marudu dan turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi pembinaan asrama SMK Tandek Kota Marudu. – BERNAMA

Kategori