Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Baru Belajar Bayar Cukai,...

Hanya kerana tidak reti menggunakan perisian yang perlu dalam pelaksanaan cukai barangan dan...

Kerajaan Hanya Tetap Kos...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menetapkan kos pengambilan pembantu rumah dari Indonesia sementara...

Sanggup Tipu Untuk Menang...

MEMALUKAN. Seorang pelari marathon didakwa bersembunyi di belakang penonton dan kemudiannya kembali ke...

Pendakwah Dinasihat Berhati-Hati Sebarkan...

MUADZAM SHAH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta golongan pendakwah di negara...

Nenek Berkorban Demi Pendidikan Cucu OKU

BEIJING – Seorang nenek berusia 76 tahun sanggup menolak kerusi roda cucunya yang kurang upaya setiap hari semata-mata mahu memastikan kanak-kanak itu mendapat pendidikan baik seterusnya memberi harapan untuk masa depan lebih cerah.

Shi Yuying yang tinggal di Daizhuyuan, wilayah Guangxi, barat China adalah penjaga utama cucunya, Jiang Haowen, 9, yang mempunyai palsi serebrum sejak berusia dua tahun, lapor portal berita Thepaper.cn.

Ibu bapa Jiang bercerai lima tahun lalu dan bapanya kini bekerja di Guilin untuk menyara keluarga berkenaan.

Setiap hari, Shi membawa Jiang berulang-alik ke sekolah dan rumah dengan menolak kerusi roda kanak-kanak itu.

Menurutnya, Jiang dilaporkan bijak dalam matematik dan menghafal.

“Dia boleh bercakap, cuma tidak mampu memegang pen dengan betul.


“Saya sangat berharap Jiang mendapat peluang lebih cerah pada masa depan.

“Setiap hari saya mengurutnya dan memberinya herba tradisional yang disiapkan sendiri dengan harapan keadaannya menjadi lebih baik. Malah, tahun lalu dia mampu berdiri tegak dan berjalan untuk jarak singkat dengan sokongan.

“Saya benar-benar berharap dia berpeluang memasuki institusi pendidikan khas,” kata Shi. – Agensi/myMetro Online

Kategori