Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Curi Koleksi...

WASHINGTON DC - Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat...

Usah Ganggu Jawatan Muhyiddin...

JERLUN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak tidak...

Yana Samsudin Tak Puas...

BIASALAH apabila sesuatu majlis itu sudah berakhir, pasti akan ada cakap-cakap di belakang...

Mahathir Hadir Pertemuan Pemimpin...

PETALING JAYA - Pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pagi ini mengadakan...

Netflix Lancar Program Komedi Tampil Harith

KUALA LUMPUR – Saluran hiburan Netflix, akan melancarkan rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara menampilkan pelawak terkenal, Harith Iskander pada 19 Januari ini.

Netflix turut menampilkan persembahan pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak Malaysia Kavin Jay masing-masing menerusi ‘Almost Banned’ dan ‘Everybody Calm Down!’ pada 26 Januari dan 2 Februari depan.

Netflix menerusi kenyataan menyatakan, rancangan ‘I Told You So’ yang menampilkan Harith dan akan bersiaran selama sejam itu menyentuh pelbagai topik semasa yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Ini termasuk isu kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, masalah sosial dan kebudayaan setempat, jelas Ketua Rancangan Asli Antarabangsa – Asia Netflix Erika North.

Sejak dilancarkan pada 2016, pihaknya sudahpun memperluaskan program antarabangsa dari Asia dan sedang menghasilkan rancangan original di lebih 15 negara serantau termasuk Jepun, Korea Selatan, India dan Thailand.

“Kami berasa teruja kerana dapat mempersembahkan rancangan komedi istimewa Asia yang terbaru kepada peminat selain memperkenalkan bakat terhebat tempatan seperti Harith kepada penonton kami di seluruh dunia.


“Kami ada kepercayaan penuh pada pencerita dan cerita menarik yang merentasi sempadan dengan memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan menyediakan platform bagi mempersembahkan hasil karya itu,” katanya.

Netflix yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat dan ditubuhkan sejak 1997 itu kini dilanggan lebih 110 juta pengguna di 190 buah negara di seluruh dunia. – BERNAMA/HAA

Kategori