Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Walau Tren Rosak Rakyat...

RAKYAT Jepun diketahui umum kebanyakannya amat menitikberatkan disiplin. Perkara ini turut terbukti apabila beredar...

270,000 Set Dekoder MYTV...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran...

MB Perak Nafi Laporan...

SITIAWAN - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini...

Puas Dimaki, Najib Enggan...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas berhubung laporan media...

Netizen Kutuk Alasan ‘Bodoh’ MDKS Buang Ikan Peniaga

YE KE?… Setelah tular, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) cuba menafikan penguatkuasanya bertindak kejam buang ikan seorang peniaga di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDKS, Mohamad Yusli Askandar berkata, kejadian pada Sabtu minggu lalu itu hanya disebabkan perselisihan faham anggota tersebut yang hanya ingin bantu alih halangan.

Namun alasan diberikan pihak berkuasa tempatan itu nyata dikutuk ramai netizen yang menyifatkan cuba lindungi penguat kuasa terlibat padahal mereka sepatutnya dikenakan tindakan tatatertib kerana menjejaskan imej MDKS.

Apatah lagi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu jelas menunjukkan situasi sebenar perlakuan mereka, manakala dalih diberikan MDKS seolah-olah memperbodohkan masyarakat seperti berada di era 1980-an.

“Berhubung kejadian pada 13 Januari 2018, jam 10.30 pagi, penguat kuasa MDKS melakukan rondaan berjadual di pasar itu dan mendapati terdapat halangan di laluan awam.

“Berlaku sedikit perselisihan faham apabila penguat kuasa MDKS membantu peniaga terbabit mengalihkan halangan itu (dulang ikan), menyebabkan ia terjatuh ke lantai.

“MDKS kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab sebar rakaman video kejadian dan berharap kerjasama peniaga agar mematuhi setiap arahan dikeluarkan,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Menurut Mohamad Yusli lagi, hasil semakan rekod mendapati peniaga terbabit sebelum ini sudah pun dikenakan dua kali amaran atas kesalahan sengaja meletakkan halangan di laluan pengunjung pasar berkenaan.

Baca: Penguat Kuasa ‘Samseng’ Buang Ikan Peniaga Pasar

Bagaimanapun pencerahan yang diberikan oleh pihak MDKS itu nampaknya langsung tidak dapat diterima akal oleh rata-rata pengguna media sosial tempatan jika berdasarkan penilaian sendiri menerusi rakaman CCTV kejadian itu.

Menurut netizen, jawapan yang dikemukan Mohamad Yusli itu bukan sahaja tidak boleh diterima, malahan seperti cuba memperbodohkan diri dengan alasan ‘pusing’ untuk mengalihkan tumpuan kepada kesalahan penjaja.

“Salah faham kepala bapak kau, penguat kuasa tu terang-terang campak papan meja tu, ni pengarah ni kalau tak rabun tak pun nak menegakkan ***** dia yang kendur,” tulis Zali Rj.

“Nak backup lagi orang macam ni dah kenapa? Nak tolong alihkan tapi terjatuh? Mohon pada yang kenal pengarah MDKS ni sila bawa dia pergi check mata, mungkin mata dia ada masalah,” kata Kamarul Ariffin.


“Haha memang la penguat kuasa tu tolong… tolong terbalikkan, terang-terang dalam video nampak dia terbalikkan dan lempar, sengal,” tulis pula Muhaimin Mohmmad.

“Nampak sangat dia tolak, CCTV dah jelas lepas tu seorang lagi tu siap rakam, ingat ni bukan zaman media sosial ke? kalau 20 tahun lepas boleh la nak kelentong,” tulis Faisal Khalid.

Kepada pengarah MDKS, cuba bayangkan jika peniaga berkenaan merupakan kenalan atau individu yang mempunyai pertalian keluarga dengan anda.

Sanggupkah anda membiarkan mereka dihina dan diperlaku sedemikian, lebih-lebih lagi ia diperlakukan oleh orang bawahan sendiri?

Jadi, seru kami agar anda yang mempunyai kuasa anatomi di dalam organisasi supaya melakukan rombakan jawatan berlandaskan sistem KPI dan etika ketika kerja.

Anda juga tidak sepatutnya ‘pilih bulu’ dalam menggenakan tindakan ke atas penguat kuasa yang didapati melanggar bidang kuasa.

Ini termasuklah melakukan siasatan keatas tiga anggota terbabit dan jika didapati benar bersalah, hukuman tegas juga sepatutnya diberikan kerana mereka secara terang-terangan mencemarkan imej badan beruniform.

Bukannya hanya tahu keluar kenyataaan ‘cerdik’ nak bela anak buah saja! -MYNEWSHUB.CC

 

Kategori