Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jepun Peringati Ulang Tahun...

TOKYO: Jepun pada Rabu memperingati mangsa serangan bom atom di bandar Nagasaki, 78...

Video: Lagi Kejadian Buli...

RAKAMAN video seorang pelajar perempuan disepak, ditampar dan dimalukan rakan sebaya kini tersebar...

Bapa Transgender Sanggup Buang...

SUDAH buang tebiat. Itu situasi yang melanda seorang lelaki transgender dari Kanada yang sanggup...

Pusat Pengasih Dibina Di...

LUMUT - Sebuah pusat pemulihan Pengasih dibina di Teluk Dalam, Pulau Pangkor bagi...

NewGen Party Sokong Mahathir Jadi PM Sementara

BEKAS Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan apabila parti pembangkang baharu, `Mira NewGen Party’ turut menyatakan sokongan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan.

Timbalan Setiausaha Agung ‘MIRA NewGen Party’, Karthigesu Karuppiah berkata, ‘MIRA NewGen Party’ yang hampir pasti menjadi parti kelima menganggotai Pakatan Harapan selepas DAP, PPBM, PAN dan PKR menyokong penuh perkara itu.

“‘MIRA NewGen Party’ yang menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara jika (Pakatan Harapan) memenangi Putrajaya kemungkinan besar akan disenaraikan sebagai anggota kelima pakatan pembangkang itu.

“Mahathir sebagai ketua agung gabungan pembangkang kagum dengan ‘MIRA NewGen Party’ dan menyatakan bahawa parti politik baharu ini akan diberi pengiktirafan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jika misi itu berjaya, Mahathir yang kini berusia 92 tahun bakal menjadi pemimpin kerajaan tertua di dunia sekali gus mengatasi rekod diktator Zimbabwe, Robert Mugabe yang digulingkan tentera negara Afrika tersebut tahun lalu.

Sebelum ini, Anwar yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat lelaki lain dalam satu mesej dari dalam penjara meminta pimpinan Pakatan Harapan yang dibarisi empat parti pembangkang ketika ini jangan terburu-buru membuat keputusan itu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menyampaikan mesej itu berkata, Anwar malah mengingatkan bahawa Pakatan Harapan masih memperjuangkan agenda reformasi yang menyeluruh dan bukan hanya mahu mengubah Perdana Menteri.


Mesej itu dikeluarkan berikutan laporan media propembangkang bahawa PKR yang ditubuhkan oleh Anwar dan keluarganya kononnya telah bersetuju Mahathir menjadi Perdana Menteri sementara jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Bagi pihak pimpinan parti, saya ingin menegaskan bahawa PKR hanya meminta ruang untuk membincang dan membina konsensus di dalam isu ini,” tegas Fahmi.

Menurut Karthigesu, Mahathir memberi bayangan ‘Mira NewGen Party’ akan diterima menyertai Pakatan Harapan itu semasa berucap pada majlis sambutan ambang tahun baru 2018 anjuran ‘Mira NewGen Party’

Menurut beliau, majis itu dihadiri ramai pimpinan Pakatan Harapan termasuk Presiden PAN, Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP, Govind Singh Deo dan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori