Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Sambut Baik...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyambut baik tindakan...

PIIACUF Platform Terbaik Tampilkan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat penganjuran Festival Kesenian...

Milo Taja Lebih RM7j...

PUTRAJAYA - Syarikat minuman malta coklat, Milo menaja lebih RM7 juta untuk Sukan...

Jersi Tiruan JDT Dijual...

JOHOR BAHRU - Tidak sampai 24 jam, pasukan bola sepak popular tanah air, Johor...

Norzizi Habis PhD Demi Bapa Walau Doa Hampir Putus

DALAM keadaan bapa sedang sakit, pelakon dan pengarah Norzizi Zulkifli tetap gigih meneruskan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media.

Norzizi merupakan anak kepada pelakon veteran Zulkifli Zain dan Normala Omar telah menamatkan pengajiannya dari Universiti Wollongong, Australia serta sudah memperoleh PhD baru-baru ini.

Dalam kegembiraan itu, terdapat kesedihan yang dialami olehnya sepanjang tempoh itu yang mana bapanya, Zulkifli telah diserang strok pada Jun 2016 yang lalu.

“Ooo hati remuk melihat ekspresi ini… Dua bulan sebelum hantar tesis, pada Jun 2016, saya sudah pulang ke tanah air, sudah kena lapor diri kembali bertugas dan Papa ketika itu baru tiga bulan kena strok.

“Siang saya bekerja, malam dalam pukul 11 atau 12 tengah malam saya akan mula menyiapkan tesis sampai ke pagi dan Papa di tingkat bawah akan memanggil anak-anak untuk melihat keperluannya,” tulisnya di ruangan caption di akaun Instagram miliknya, Ahad lalu.

Tambah Norzizi, bapanya pasti akan memanggil namanya jika dia tertidur ketika sedang membuat kerja.

Walaupun sering berasa penat kerana terpaksa membuat banyak kerja dalam satu masa, namun Norzizi tetap gigih untuk menyiapkan thesis pengajian dan menjaga bapanya yang tercinta.

“Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5 atau 6 pagi. Tapi begitulah… saya sentiasa punya doa dari beliau… Dia tak putus doa buat saya!” tulisnya lagi.


Menurut Norzizi, dia sekali lagi diuji apabila bapanya telah dimasukkan ke Unit Raawatan Rapi sebelum dia diserang strok pada Januari tahun yang sama dan ketika itu Norzizi masih berada di Australia.

“Doa itu hampir putus bila Januari 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, saya ketika itu masih di Australia dan saya terbang pulang malam itu juga tatkala 2 bulan lagi saya nak hantar tesis.

“Tapi Allah makbulkan doa kami… aku tetap punya doa itu ke saat akhirnya perjalanan PhD ku… Alhamdulillah…. saya tahu, dia amat menantikan momen ini!” tulisnya dengan penuh ketabahan walaupun banyak ujian yang perlu ditempuhnya sebelum mencapai kejayaan itu.

Ramai netizen turut tersentuh dengan kata-kata serta kesungguhan Norzizi untuk menghabiskan pengajiannya walaupun perlu menjaga bapanya yang sedang sakit.

Ketabahan dan kesungguhan seorang anak pasti akan lebih bertambah apabila adanya kedua ibu bapa di sisi. Jika mereka tiada, maka hilanglah doa yang selalu mengiring seorang anak. – MYNEWHSUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori