Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Grace Dedikasi Rekod Sukan...

KUALA LUMPUR – Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei...

1,000 Polis Bertugas Sempena...

IPOH - Seramai 1,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan di...

Mayat Remaja Perempuan Ditemui...

TAWAU – Seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan ladang kelapa...

J/kuasa Wakil Tetap Asean...

KOTA KINABALU - Satu daripada mesyuarat persediaan Pemukiman Menteri Luar ASEAN dimulakan dengan...

Olimpik: Korea Utara, Selatan Bertemu Hari Ini

SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan perbincangan rasmi pertama hari ini selepas lebih dua tahun, dengan agenda utama berkisar soal bagaimana atlit Pyongyang boleh menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, bulan depan.

Agenda perbincangan sukan mungkin kelihatan kecil tetapi pertemuan itu mendapat perhatian pemimpin dunia yang ingin melihat petanda kurangnya ketegangan di Semenanjung Korea.

Perbincangan dibuat ketika kebimbangan kian memuncak terhadap perkembangan senjata nuklear Korea Utara dan pencabulan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Perbincangan akan tertumpu kepada penyertaan Korea Utara di Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dan persiapan terhadap beberapa permintaan Korea Utara demi memastikan Olimpik berlangsung secara aman,” kata jurucakap Kementerian Perpaduan Korea Selatan, Baek Tae-hyun.

Lima pegawai kanan, masing-masing mewakili kedua-dua negara akan bertemu di Rumah Aman di Panmunjom manakala perbincangan dijangka bermula jam 10 pagi waktu tempatan.

Pada masa sama, pegawai Korea Selatan berharap dua negara itu bakal mengadakan perbarisan bersama bawah satu bendera ketika majlis perasmian untuk pertama kali dalam tempoh lebih sedekad.


Sabtu lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan sokongan penuh terhadap perbincangan itu dan mengharapkan perkembangan positif.

Beliau turut menyuarakan kesediaan bercakap dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menerusi telefon.

“Ketika ini mereka bercakap mengenai Olimpik. Ia satu permulaan yang besar. Jika sesuatu boleh berlaku dan terhasil daripada perbincangan itu, ia bagus untuk kemanusiaan dan seluruh dunia,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori