Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Demi Tingkat Kesedaran, KJ...

SETUJU tak kami katakan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan menteri paling cool...

Gambar Murid Didakwa Tertidur...

BOLEH dikatakan, kes kanak-kanak hilang atau diculik bukan lagi satu perkara yang mengejutkan untuk...

Gambar Trump Jadi Latar...

DUBLIN - Sebuah bar di Dublin menghias tempat buang air kecilnya dengan potret...

Cukup-Cukuplah Kontroversi, Mahu Fokus...

PELAKON Shah Iskandar Mahfuz memberitahu dia mahu namanya diperkatakan kerana mutu lakonan berbanding...

Operasi Landasan Terbang 3 Di KLIA Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Landasan terbang 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ditutup buat sementara waktu dari 10.30 pagi hingga 4 petang ini bagi memudahkan kerja-kerja penting penyelenggaraan sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatannya.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan-rakan syarikat penerbangan bagi memastikan ia tidak memberi kesan ke atas operasi penerbangan.

“Kami jangkakan kesannya ke atas operasi penerbangan adalah minimum dan tiada kelewatan penerbangan yang besar berikutan penutupan itu,” katanya dalam satu kenyataan yang diletakkan dalam platform media sosial.

Menurut MAHB, KLIA mempunyai dua lagi landasan terbang untuk menyediakan operasi penerbangan yang mencukupi jika berlaku sebarang penutupan sementara satu daripada landasan terbang seperti yang berlaku hari ini.

Para penumpang dinasihatkan supaya menyemak jadual penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Sementara itu, AirAsia dalam satu kenyataan berkata para pengguna perkhidmatan harus menjangkakan penerbangan akan mengalami kelewatan akibat penutupan landasan terbang berkenaan.


“Mereka yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel mereka yang didaftarkan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status penerbangan terkini mereka dan pilihan yang disediakan untuk mereka.

Sehubungan itu, AirAsia menggalakkan para penumpang untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi mereka di airasia.com bagi memastikan mereka dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan penerbangan mereka,” kata kenyataan itu sambil menambah pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaru, tepat pada masanya, dengan para pengguna perkhidmatan berhubung sebarang perubahan. – BERNAMA

Kategori