Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kata Azab Duduk Rumah...

SELEPAS isunya teruk dihentam netizen gara-gara haiwan peliharaannya, kali ini jutawan produk kecantikan...

Persepsi PEKIDA Sebagai Kongsi...

KUALA LUMPUR: Persepsi negatif masyarakat yang menganggap Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia...

Luciano Figueroa Mohon Maaf

JOHOR BAHRU - Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim...

Polis Siasat Bentley Yang...

Kuala Lumpur : Polis menyiasat penggunaan sebuah Bentley oleh kumpulan didalangi Datuk Seri...

Otak Kelawar “Mendidih” Australia Terlampau Panas

SYDNEY – Ratusan ekor kelawar mati akibat cuaca yang terlampau panas di Australia, dengan kebanyakannya ‘terjatuh’ daripada pokok akibat suhu yang panas itu ‘mendidihkan’ otak haiwan tersebut, lapor pihak berwajib hidupan liar pada Selasa.

Gelombang cuaca panas tertinggi dalam sejarah itu menyaksikan suhu pada termometer meningkat ke 45 darjah Celsius (113 Fahrenheit) di sebuah bandar di barat Sydney iaitu Campbelltown pada Ahad di mana ratusan mamalia bersayap itu ‘jatuh’ daripada pokok selepas terkorban akibat cuaca yang terlalu terik.

“Kelawar-kelawar itu mati kepanasan atau dalam erti kata lain, mati ‘mendidih’,” kata salah seorang kakitangan perlindungan haiwan bandar tersebut, Kate Ryan.

“Panas melampau itu mendatangkan kesan terhadap otak mereka — otak haiwan itu ‘terbakar’ dan jadi tidak tentu arah. Mereka seakan-akan berdiri di tengah-tengah dataran pasir tanpa sebarang teduh,” tambah Ryan lagi.

Sebelum ini, rekod cuaca terpanas yang pernah dicatatkan adalah pada tahun 1939 iaitu 47.3 Celcius di bandar Penrith.


Badan perlindungan hidupan liar di Campbelltown kini sedang berusaha untuk menyelamatkan sebanyak mana kelawar yang didapati terkesan akibat fenomena tersebut dengan memindahkan mereka ke tempat yang teduh dan memberikan air minuman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori