Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

1MDB: Najib Dipanggil Kali...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir buat...

RCI: Sabah Tumpuan Operasi...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi secara agresif di Sabah dalam...

Nurul Izzah Dilarang Daripada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak bertindak tegas dengan melarang Naib Presiden Parti Keadilan...

Muzium Pamer Jamban Emas...

NEW YORK - Arca seni berbentuk sebuah jamban yang diperbuat daripada emas 18...

Padi Angin: Pendapatan Petani Mada Merosot

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pendapatan petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merosot lebih 50 peratus disebabkan masalah padi angin.

Sehubungan itu Presidennya S.M Mohamed Idris menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjalankan kajian menyeluruh berhubung punca padi angin berkenaan.

“CAP hairan mengapa masalah padi angin masih belum dapat diselesaikan walaupun petani telah berhadapan dengan masalah itu lebih daripada 10 tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya CAP juga mendapati petani MADA turut berdepan ancaman rumput sambau.


Masalah padi angin boleh menjejaskan hasil padi antara 60 hingga 90 peratus dan rumput sambau pula menyebabkan kemerosotan hasil antara 10 hingga 80 peratus, dakwa CAP.

“Pengenalan teknologi moden dan amalan sistem pertanian masa kini termasuk penggunaan bahan kimia juga perlu dikaji semula oleh pihak kementerian dan agensi berkaitan kerana kami bimbang kesan buruk akibat perubahan ke teknologi moden akan menjejaskan kehidupan petani MADA dan bekalan makanan negara dengan lebih serius pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori