Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skim Insurans B40: UMNO...

BONGKAR... Genap seminggu pasca Belanjawan 2019 dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, namun...

‘Program Sentuhan Rakyat’ Dipengaruhi...

KUALA LUMPUR - Perbezaan penawaran harga jualan dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah...

Celso Borges Teruskan Legasi...

GELENDZHIK - Celso Borges akan mengikut jejak langkah bapanya apabila turun beraksi bersama...

Banjir Di Daerah Kota...

KOTA KINABALU - Keadaan banjir di Daerah Kota Belud kian pulih, apabila pusat...

“Pakai Jer Honda Civic Tapi Sivik Mana Sivik?”

KECOH menerusi media sosial memaparkan video rakaman seorang pemandu Honda Civic FD yang menukar lorong secara melulu sehingga menyebabkan sebuah keluarga ditimpa kemalangan.

Insiden nahas dramatik itu dirakam dashcam kereta mangsa pada pukul 1.56 petang semalam di sebuah lebuh raya di ibu negara, sebelum ia menjadi tular menerusi media sosial.

Menerusi video, ia menunjukkan pemandu Civic yang berada di lorong kanan pada mulanya cuba memintas kenderaan di hadapan gara-gara hendak mengelak kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun pemandu Civic terbabit yang cuba memasuki lorong kiri dengan hanya memberikan lampu signal tidak menyedari kenderaan keluarga mangsa yang begitu rapat dengan kenderaanya.

Lantas menyebabkan pemandu terbabit dihon oleh mangsa namun ia nyata tidak memadai apabila sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang berada di hadapan mereka pula sedang bergerak perlahan.

Dalam keadaan jalan yang licin, mangsa tiada pilihan selain menekan brek sekuat hati namun keretanya itu tetap melanggar kereta Kenari terbabit dan sebuah lagi kenderaan dipercayai Honda Jazz.

Difahamkan, pemandu Civic terbabit mengambil jalan mudah untuk terus berlalu pergi tanpa menghiraukan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan.


Video berdurasi  seminit itu mendapat perkongsian lebih 1,000 kali daripada netizen di mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu Civic terbabit.

Namun tidak kurang juga cuba menyalahkan mangsa yang seakan tidak bertolak ansur memberi ruang kepada pemandu Civic.

Sebagai sedikit pencerahan kepada orang ramai, rakaman video dashcam ini mungkin tidak menunjukkan jarak sebenar dari pandangan mata seorang pemandu.

Hakikatnya mata seorang manusia tak sama dengan lens kamera dashcam yang bersifat lebar, ini bermakna pemandu Civic itu mungkin kelihatan jauh sahaja di dalam video namun sebenarnya kenderaan itu sangat dekat dengan kenderaan mangsa.

Selain itu, langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pemandu Civic tu adalah dengan memberi ruang kepada kereta mangsa melepasinya terlebih dahulu, barulah menyelinap dan menyusuri masuk pada laluan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori