BIADAB… Satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini gempar apabila seorang ahli panelnya berang tindakan kurang ajar Malaysia terutama pemimpinnya menggelarkan Israel sebagai ‘negara haram’.
Pensyarah akademik Australia itu dengan angkuh mendakwa konon Israel bukanlah sebuah ‘negara haram’ seperti yang sering disebut-sebut warga Malaysia dan media arus perdana pro-BN apabila merujuk negara Zionis tersebut.
Clive Kessler ketika memberikan komen dalam forum bertajuk “Islam In Global Politics: A Civilizational Crisis di sebuah hotel turut mengejutkan hadirin apabila lantang mempersoalkan penggunaan terma ‘negara haram’ Israel.
Konotasi negatif itu sering diguna pakai di Malaysia apabila bercakap tentang Israel yang pada hematnya ialah sebuah negara sah telah mendapat mandat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kewujudannya harus dihormati.
“Israel sering digunakan terma di sini, sebagai ‘negara haram’. Kita harus pula bertanya, ‘negara haram’ dalam erti kata apa ia adalah haram? Dilarang untuk diduduki? Tidak sah di sisi undang-undang? Tidak bermoral?”
Kessler juga berpandangan bahawa suka atau tidak, rejim Yahudi tersebut wujud dengan mandat PBB pada 1940-an dan ia harus diterima kesemua negara ahli badan dunia berkenaan yang diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua.
“Suka atau tidak, hakikatnya negara itu telah terhasil daripada keputusan yang dibuat oleh PBB dan negara ahli. ‘Orde Dunia’ tersebut harus diterima pakai ahli-ahli PBB, seperti Malaysia,” kata beliau dengan nada sombong.
Pensyarah daripada University of New South Wales tersebut meluahkan kekesalan mengenai isu perkataan ‘negara haram’ Israel dalam forum anjuran badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) dipengerusikan Farouk Musa.
Untuk rekod, Farouk yang juga Pengarah IRF masih menghadapi tuduhan ‘bersubahat dalam jenayah’ di bawah Seksyen 43 Akta Kesalahan Syariah 1997, yang masih di bawah siasatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Malaysia ketika ini tiada hubungan diplomatik dengan Israel sejak merdeka daripada penjajahan British pada 1957 sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan umat Islam Palestin yang teruk ditindas rejim Zionis itu sejak 1948.
Bagaimanapun sebuah parti pembangkang di negara ini pernah dilaporkan berjaya menerima dana rahsia daripada pihak rejim Yahudi itu untuk misi menumbangkan kerajaan Malaysia pada pilihan raya umum yang akan datang.
Malahan, parti berkenaan diketahui pernah berhasrat mahu membuka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur jika berjaya menguasai pemerintahaan negara, sekali gus mengiktiraf hak kedaulatan Zionis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA