Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Corak Pertumbuhan Ekonomi Malaysia...

CORAK pertumbuhan ekonomi Malaysia masih lebih tinggi daripada tahap purata dan akan terus...

Sarawak Fokus Capai Sasaran...

KUCHING : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memastikan Sarawak kekal di landasan...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap...

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing...

Henti Spekulasi Nahas Helikopter...

Johor Bahru : Kementerian Pertahanan meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian...

Pakar Runding Kaji Masalah Hakisan Canada Hill

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MCC) akan mendapatkan khidmat pakar runding untuk menjalankan kajian terperinci tentang cara terbaik bagi menyelesaikan masalah hakisan tanah di destinasi popular negeri ini, Bukit Telaga Minyak, atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Canada Hill.

MMC dalam kenyataan hari ini berkata pakar runding itu akan mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai bagi menstabilkan lereng, misalnya kemungkinan menggunakan tembok krib atau tembok penahan, dengan cerucuk mikro.

“MCC akan turut menimbang kemungkinan mewujudkan laluan alternatif dengan membina jalan raya dari Telaga Minyak No.1 menuju ke kawasan Taman Hillstone,” jelas kenyataan itu hari ini.

Sebagai penyelesaian jangka pendek, MCC memutuskan pembinaan benteng gabian sebagai langkah sementara dan kontraktor yang berminat boleh mengemukakan sebut harga mereka kepada MCC pada atau sebelum Khamis, 11 Jan 2018.

Sebagai rekod, Canada Hill menempatkan ikon ‘The Grand Old Lady’, telaga minyak pertama negara ini yang diuruskan oleh Shell pada 1910 selain Muzium Petroleum yang terletak berhampiran telaga minyak itu. – BERNAMA

Kategori