Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Di 6 Negeri,...

KUALA LUMPUR - Enam negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu di Kelantan dan...

Lima Warga Tempatan Didakwa...

KLUANG - Tiga lelaki dan dua wanita rakyat tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen,...

Akta 342 Ditangguhkan, Penting...

KUALA LUMPUR : Bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit...

Jambatan Sementara Kampung Setelu...

GUA MUSANG - Berpuluh kenderaan terkandas kerana tidak dapat melalui jambatan sementara Kampung...

Pakatan Harapan Ketandusan Calon Berwibawa

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri apabila meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon bagi jawatan itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Mengulas penolakan pemimpin PKR Selangor terhadap pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Noh berkata pakatan pembangkang sendiri juga tidak menamakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon jawatan itu.

“Kita tengok Azmin sendiri. Sebagai contoh, sejarahnya nak menjadi MB (Menteri Besar) pun sepatutnya dia tidak layak kerana apabila Pakatan Rakyat menang tahun 2008 yang menjadi MB adalah Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Majlis Jasamu Dikenang 2018 kementeriannya di sini hari ini.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 yang berlangsung di Shah Alam Ahad lepas, Pakatan Harapan bersetuju menamakan pengerusinya Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang dan presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.


Terdahulu dalam ucapannya, Noh mengucapkan tahniah kepada warga kementeriannya kerana berjaya mencapai Prestasi Perbelanjaan Pembangunan 2017 sebanyak 99.94 peratus dan menduduki tangga kedua daripada 25 buah kementerian, berbanding tangga kelapan pada 2016. – BERNAMA

Kategori