Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Undi Awal PRK Permatang...

PERMATANG PAUH - Proses mengundi awal di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang,...

Polis Kelantan Rampas Pil...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7...

Luahan Sedih Ibu Apabila...

PEKERJAAN sebagai guru sememangnya merupakan suatu yang sangat mulia. Ini kerana, tugasan mendidik...

Harimau ‘Rare’ Di Zoo...

SEEKOR harimau Benggala putih yang jarang ditemui dirakam menjilat dan makan tanah di...

PAN Sindir Orang PAS Hidup Macam Zombi!

KUALA LUMPUR – Mereka yang masih berada dalam PAS ibarat zombi yang terus hidup walaupun hakikatnya mereka sudah lama mati.

Demikian sindir balas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mujahid Yusof Rawa terhadap PAS yang menyifatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ibarat orang sudah lama mati, tetapi baru ditanam.

Mahfuz diibaratkan orang telah lama mati oleh PAS sebelum beliau akhirnya mengumumkan keluar PAS kelmarin selepas beberapa tahun memainkan peranan selaku ejen Pakatan Harapan untuk menyerang PAS dari dalam.

“Ada sorang keluar rumah, mati lama baru tanam katanya, kalau yang hidup dah macam mati, bukankah orang itu zombi namanya,” sindir Mujahid menerusi serangkap pantun di laman Facebook beliau hari ini.

Mujahid dalam pantun seterusnya menyindir PAS cuma hanya pandai berfatwa dalam perkara tersebut, tanpa mahu bertanya mengapa Mahfuz membuat keputusan untuk meninggalkan PAS.

“Panjat gunung bernama Jerai, sampai di atas lelaki jati, habis binatang cukup senarai, sekarang berkias pasai mati,” sindirnya lagi.


Mujahid beberapa hari lalu menyiarkan pantun mengejek Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai tiada telur kerana cuma tahu berdiam berbanding Pakatan Harapan yang terus menyerang kerajaan.

“Siang tidur malam berjaga, harum bau si bunga melur, riuh ayam berhasil juga, diam tuan di mana telur?” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

Kategori