Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jurukimpal Didakwa Bunuh Warga...

Kajang : Jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan...

Polis Gempur Sarang Dadah,...

LANGKAWI - Seramai 106 individu yang disyaki penagih dadah diberkas dalam Ops Sarang...

1MDB Tidak Pernah Beri...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan syarikat itu tidak pernah memberi...

Polis, Badan Perundangan Kendali...

KUALA LUMPUR - Kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih serius...

PAS Ingatkan DAP Pura-Pura Jadi Mesra Islam

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan semua pihak terutama umat Islam bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan dasar ‘chauvinistic’, tetapi bersikap ‘pura-pura mesra-Islam’.

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata, dasar DAP itu tidak pernah berubah walaupun negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

“Rakyat pasti boleh menilai sikap dan muslihat sebenar DAP yang memperalatkan siapa sahaja demi kuasa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Takiyuddin meminta DAP tidak memberi tunjuk ajar kepada PAS dalam menentukan hala tuju parti itu kerana PAS mempunyai dasar dan pendekatan yang sesuai dengan masa dan ketika.

Kata beliau, PAS komited dengan jalan demokrasi serta politik sihat dan konstruktif, menolak politik kombatif, melulu dan destruktif seperti diamalkan oleh DAP.

Beliau malah meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedar, DAP sepanjang penggal ini kehilangan lapan wakil rakyat, memecat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bakal kehilangan beberapa lagi menjelang tamat penggal ini.

“Saya yakin politik “keanak-anakan” dan “ala-gangster” DAP akan menyebabkan ia kehilangan bukan sahaja undi Melayu dan bukan-Cina, tetapi juga undi Cina,” katanya.


Kata beliau, pemilihan CEC DAP pada November lalu pula satu lagi bukti jelas corak pentadbiran DAP dengan kehadiran perwakilan hanya separuh daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya hadir.

Tambah beliau, undi yang diperolehi oleh para pemenang pula hanya lebih daripada separuh perwakilan dan ini menimbulkan tanda tanya tentang kesahihan demokratik atau tidak.

“Saya hanya ingin memetik kenyataan bekas ADUN DAP Jawi, Tan Beng Huat tentang Lim Kit Siang dan suasana dalaman DAP untuk tatapan Guan Eng iaitu Lim Kit Siang is a dictator bent on building a political dynasty. He does not tolerate dissent similar to Dr. Mahathir who is only interested in ensuring his son ascend to power. They are one and the same, interested only in building their family dynasty and fulfill their political thirst,” katanya.

DAP merupakan parti pembangkang yang mendominasi gabungan parti pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan ketika ini.

Pakatan Harapan turut dibarisi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN). – Mynewshub.cc

Kategori