Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sah Haram, Boleh Didakwa...

SESUATU yang jarang diberi perhatian ialah bagaimana selama ini pemimpin kerajaan Kelantan dan...

Kemaman Semakin Pulih, Hanya...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Kemaman semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir...

Dakwaan PH Hanya Propaganda...

KUALA TERENGGANU – Dakwaan salah seorang anggota parti Pakatan Harapan (PH) bahawa terdapat...

DAP, PKR Perlu Halang...

KUALA LUMPUR - Mengapa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyatakan pendirian...

PAS Kelantan Sekat Peruntukan ADUN Pakatan?

KOTA BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mendakwa kerajaan PAS Kelantan membekukan peruntukan untuk DUN beliau.

Beliau membuat dakwaan itu berdasarkan sindirannya ke atas PAS yang mengecam kerajaan PKR Selangor sengaja menyekat peruntukan terhadap ADUN PAS.

“Saya selaku ADUN Kelantan nampaknya akan memperolehi semula hak saya mengagihkan peruntukan DUN Salor.

“Terima kasih Presiden PAS dan Exco Kelantan kerana memperjuangkan keadilan untuk saya,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam meminta kerajaan PKR Selangor tidak mencampur-adukkan isu politik dengan urusan pentadbiran negeri.

Ia berikutan tindakan kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyekat peruntukkan untuk ADUN PAS.

Bantahan PAS Selangor keatas perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak diendahkan Mohamad Azmin.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi kemudian memaklumkan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan perkara itu.


Mohamad Azmin meminta PAS supaya tidak melibatkan pihak istana dalam perkara itu.

“Kita boleh bincang. Soal pentadbiran jangan heret istana untuk menyelesaikannya,” kata Mohamed Azmin tiba-tiba.

Amalan menyekat peruntukkan untuk ADUN berlainan parti antara amalan kerajaan sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Mahathir bagaimanapun telah menyertai Pakatan Harapan pada tahun 2016, malah diangkat sebagai Pengerusi gabungan parti pembangkang tersebut.

Pakatan Harapan yang diketui DAP dibarisi PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori