Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

ADUN Pujut: SPR Akur...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari...

Perak Cadang Caj Pemaju...

IPOH - Pemaju perumahan di Perak yang tidak membina rumah kos sederhana rendah...

Tyrese, Vin Diesel Kenang...

SEMALAM, genap dua tahun aktor Paul Walker maut dalam nahas kemalangan di California...

Mesir Pecat 41 Hakim...

KAHERAH – Sebuah mahkamah disiplin Mesir mengarahkan seramai 41 hakim supaya bersara wajib...

PBT Melaka Perlu Bangunkan Data Besar

MELAKA – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu memberikan perhatian khusus terhadap pembangunan data besar dalam memastikan PBT itu mengetahui keperluan seterusnya memberikan perhidmatan terbaik untuk rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman berkata pembangunan itu penting bukan sahaja untuk PBT, malah menjadi keperluan yang akan membantu kerajaan negeri dalam pelbagai sektor khususnya pembangunan, ekonomi dan sosial setempat

“Pihak PBT merupakan pihak kerajaan ketiga terpenting atau terdekat dengan rakyat yang menguruskan hal ehwal pembangunan setempat mengikut keperluan rakyat dan semasa, justeru amat penting untuk PBT membangunkan data besar ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan melancarkan Kios ‘Geography Information System’ (GIS) dalam majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua MPHTJ Datuk Murad Husin.

Data besar merupakan kumpulan set data amat besar yang boleh dianalisis bagi mengkaji seterusnya mengetahui perihal berkenaan corak, trend, tingkah laku, interaksi dan perhubungan terutamanya melibatkan manusia.

Melaka mempunyai empat PBT iaitu MPHTJ, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.


Sementara itu, Murad berkata GIS merupakan sebuah kios dibangunkan MPHTJ dengan nilai RM50,000 bagi menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada penduduk di bawah pentadbiran pihak berkuasa berkenaan.

Beliau berkata kiosk berkenaan yang ditempatkan di tingkat dua kompleks MPHTJ di Ayer Keroh di sini boleh diakses pengguna secara percuma untuk mendapatkan pelbagai maklumat seperti semakan status guna tanah termasuk kubur bukan Islam di Sungai Putat di sini, sewaan gerai dan cukai taksiran.

“Data bagi kemudahan berkenaan disediakan secara berperingkat dan ia dijangka dapat diakses sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Buat peringkat pertama data yang telah lengkap dimasukkan menerusi GIS adalah bagi semakan status guna tanah dan ia melibatkan pengumpulan data yang besar.

“Bagi semakan status guna tanah, pengguna atau penduduk di bawah pentadbiran MPHTJ boleh mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan di sekeliling kediaman mereka atau kawasan dalam bentuk pelan atau 3D,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBT

Kategori