Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hati-Hati Memandu Di Zon...

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya diminta memberi perhatian terhadap papan tanda 'Kawasan...

Curi Motosikal Untuk Beraya

Iskandar Puteri : Tiga lelaki termasuk dua daripada mereka yang masih remaja ditahan...

Dipenjara 218 Tahun, 75...

MUAR: Seorang bapa yang tergamak merogol anaknya sehingga hamil dan melahirkan anak sejak...

Jutawan Guna 8 Robot...

Seorang jutawan China menjadi perhatian ramai apabila dia membawa lapan pembantunya untuk membantu...

Pegawai Imigresen Hadapi 8 Pertuduhan Ubah Wang Haram

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lapan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan nilai keseluruhan transaksi sebanyak RM4.02 juta.

Mohd Khairi Othman, 38, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Sept 2015 hingga 15 Dis 2016 di Malayan Banking Berhad Cawangan Wisma Jelutong dan Simpang Ampat dekat sini dengan cara memindahkan wang haram itu dari akaun Maybank milik Hassan Muhammad Yusuf @ Daud ke akaun Maybank dan Bank Simpanan Nasional atas nama sama, selain untuk melabur dan membeli motosikal berkuasa tinggi.

Tertuduh turut memindahkan wang haram berjumlah RM500,000 dari akaun Maybank milik Hassan untuk melabur dalam produk Dynamic Invest Etiqa Insurans dan RM99,570 dari akaun sama untuk melabur dalam produk Smart Cash Extra Etiqa Insurans.

Dia turut menggunakan wang haram berjumlah RM123,767 untuk membeli sebuah motosikal jenis BMW R1200 dengan nombor pendaftaran PMU 7395.

Kesemua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Ghazali Muhamad Nazri menawarkan jaminan RM250,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu selepas mengambil kira nilai keseluruhan transaksi itu.


Peguam Ridha Abdah Subri, yang mewakili tertuduh, pula memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya turut menjaga ibu kandung dan ibu mentuanya selain isteri dan dua anak berusia dua tahun dan sembilan bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, Mohd Khairi turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar terhadap dua pertuduhan rasuah dan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM8.8 juta.

Di mahkamah sama, selain Mohd Khairi, isterinya Noorashikin Azmi, 38, juga menghadapi lima pertuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah keseluruhan transaksi RM2.4 juta dengan kakak Mohd Khairi, Huziana Othman, 49, didakwa bersubahat dengannya. – BERNAMA

Kategori