Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peminat Bola Sepak P.Pinang...

GEORGE TOWN - Rata-rata peminat bola sepak Pulau Pinang melahirkan rasa gembira dan...

Rahman Dahlan – Guan...

KUALA LUMPUR - Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul...

Eiii, Tidak Pernah Cuci...

Pelik dan geli betul dengar kisah ini.Percayakah anda terdapat seseorang lelaki yang malas...

HTAR Siasat Dakwaan Cuai...

Klang : Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sedang menjalankan siasatan berhubung...

Peguam Tarik Diri, Bicara Bela Diri Kes Morais Tangguh

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disumbat di dalam dram dan disimen tiga tahun lalu, hari ini ditangguhkan kerana peguam yang mewakili tertuduh menarik diri.

Peguam Chua Li Li memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau serta rakan sejawatannya M.Manoharan yang mewakili tertuduh R.Dinishwaran, 26, dan A.K Thinesh Kumar, 25, menarik diri kerana tidak mendapat arahan lanjut daripada kedua-dua anak guam mereka untuk meneruskan kes.

“Kami menarik diri daripada mewakili tertuduh, mohon perbicaraan ditangguh bagi memberi peluang untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam baharu,” katanya yang turut menyebut bagi pihak Manoharan yang tidak hadir pada prosiding hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah menangguhkan perbicaraan sehingga esok bagi membolehkan kehadiran peguam baharu.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin tidak membantah permohonan peguam itu namun bertanyakan siapakah peguam baharu berkenaan dan seorang daripada tertuduh memaklumkan nama peguam akan diketahui esok kerana pelantikan peguam diuruskan oleh keluarga.

Pada prosiding itu, peguam Datuk N.Sivananthan mewakili Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 55, manakala peguam V.Rajehgopal mewakili M.Vishwanath, 28; S. Nimalan, 25, dan S.Ravi Chandaran, 47.

Pada 20 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan keenam-enam tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh Kevin Morais selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.


Kunaseegaran, Dinishwaran, Thinesh Kumar, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran didakwa membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September 2015.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – BERNAMA

Kategori