Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit...

Sami Bakar Diri Dalam...

SEOUL - Seorang sami Buddha Korea Selatan kritikal selepas membakar dirinya ketika protes...

Kekayaan Mahathir Disahkan Berjumlah...

Kekayaan luar biasa yang dimiliki Mahathir dianggarkan dalam nilai RM188 bilion

Pengecilan Lokaliti Kawasan Rabies...

KUCHING – Langkah mengecilkan lokaliti kawasan yang disyaki terkesan dengan virus Rabies atau...

Pelaburan Melaka Meningkat Kepada RM3.21 Bilion

MELAKA – Jumlah pelaburan negeri Melaka bagi tempoh Januari hingga September lepas meningkat sekali ganda kepada RM3.21 bilion berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan pelaburan tersebut juga berjaya menjana sebanyak 2,673 peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor.

Malah, pelbagai pencapaian cemerlang dalam pelbagai aspek dapat dicapai menerusi usaha konsisten kerajaan negeri sepanjang tahun lepas yang memberi limpahan terutama ekonomi kepada rakyat, katanya.

“Kita (kerajaan negeri) tidak ambil berat segala persepsi dan gambaran buruk (dilemparkan) oleh pihak pembangkang terhadap pentadbiran sedia ada sebaliknya lebih komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau dan barisan kepimpinan kerajaan negeri meraikan majlis persaraan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama kira-kira 35 tahun.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri juga sentiasa memastikan prestasi perkhidmatan yang diberikan kepada golongan sasar, berada di tahap terbaik selaras dengan sistem penyampaian terkini yang dinilai dari semasa ke semasa.


Justeru, beliau mengingatkan supaya seluruh penjawat awam memberi kesungguhan dan komitmen terbabit demi merealisasikan misi tersebut.

Beliau berkata, prestasi dan pencapaian sepanjang tahun lepas juga akan dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan negeri memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat agar di tahap lebih cemerlang tahun ini.

Antara perkara yang akan diberi penekanan termasuk memastikan sistem, struktur dan mekanisme kerja berupaya memenuhi harapan dan keinginan rakyat selain persekitaran negeri di tahap kondusif serta selesa untuk didiami. – BERNAMA

Kategori