Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Tuntut Penjelasan Dilarang...

JAKARTA - Indonesia berhasrat menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan...

Isu Kuil: 4 Menteri,...

KEJADIAN keganasan di sebuah kuil di Subang Jaya kini sudah begitu merosakkan kerana...

Wanita Warga Emas Maut...

KULAI - Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher...

Selebriti Meriahkan Final Malaysia-Thailand

KECUNDANGNYA skuad Harimau Muda dengan pasukan Thailand masih lagi dirasai kekecewaan oleh sebilangan...

Pelajar Malaysia Kostum ‘Spiderman’ Maut Swafoto

TAIPEI – Malang buat seorang pelajar Malaysia di Universiti Da Yeh, wilayah Changhua dekat sini selepas dia ajal dalam keadaan tragis apabila dikatakan terjatuh dari asramanya, semalam.

Lapor portal berita Taiwannews, mangsa yang berpakaian kostum ‘Spiderman’ itu ditemui terbaring tidak sedarkan diri di lantai simen oleh seorang pelajar lain ketika kira-kira 6 petang waktu tempatan.

Ini membuatkan penuntut tersebut segera memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak keselamatan universiti dan polis tempatan.

Ketua Unit Penyiasatan Wilayah Changhua, Chan Ting-yu, berkata mangsa yang hanya dikenali dengan nama keluarga Lee, 30, telah meninggal dunia sebaik anggota polis di lokasi.

Berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki Lee cuba berswafoto di balkoni asrama terbabit selepas menemui telefon bimbit mangsa yang diletakkan pada tripod di tingkat lima bangunan.

Polis percaya mangsa secara tidak sengaja tergelincir ketika memaut dinding balkoni dan tetapan telefon bimbit Lee juga berada di dalam mod ‘self-timer’ ketika ditemui.


Seorang daripada rakan sekelas mangsa yang disoal siasat turut memaklumkan bahawa Lee sebelum itu berkata dia ingin mengambil gambar dirinya sendiri.

Bagaimanapun, pihak polis meminta beberapa saksi kejadian untuk tampil bagi mengesahkan punca kematian pelajar terbabit.

Sementara itu, pihak universiti telah menghubungi keluarga Lee di Malaysia dan akan menguruskan perjalanan mereka ke Taiwan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori