Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Tak Buka Kes...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan membuka siasatan kes-kes lama yang melibatkan pemerintahan...

Nasib Annuar Musa Sebagai...

PUTRAJAYA - Kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas...

4 Presiden Komponen BN...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden...

Hanya Jho Low Tahu...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Rabu diberitahu hanya ahli perniagaan dalam buruan Low...

Pelajar Maut Ditimpa Kerusi Dari Tingkat Atas PPR

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai S. Sathiwaran merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa ingin memasuki bahagian flat yang tertutup berhampiran kawasan tangga bersama ibunya, sebelum ditimpa sebuah kerusi pejabat dipercayai dicampak di tingkat atas dan mengenai kepala mangsa.

“Bagaimanapun ibu mangsa terselamat manakala mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.


Roslan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Video sekadar hiasan

Kategori