Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Saksikan Video Comelnya Kids...

TIGA wajah yang comel, sentiasa tersenyum dan bergaya pula sangat stailo. Itulah identiti...

TPPA Akan Dimeterai Pada...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dimeterai pada Februari, dengan atau...

Izara Aishah Berpacaran Dengan...

SEHINGGA ke hari ini, pelakon Izara Aishah tidak pernah membuat sebarang pengakuan yang...

Tonjol Persamaan, Rai Kepelbagaian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia...

Pelawa Belia Di Perlis Sertai Program Usahawan

KANGAR – Golongan belia di Perlis dipelawa menyertai program usahawan pergerakan Pemuda UMNO negeri, yang mampu memanfaatkan lebih 5,000 pemuda yang sedang mencari kerja atau ingin memulakan perniagaan.

Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar berkata fokus pihaknya adalah untuk membantu golongan muda di negeri ini menjana pendapatan tanpa mengharap peluang kerja makan gaji semata-mata.

“Apabila golongan pemuda suarakan tentang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapat sumber modal untuk memulakan perniagaan, ketiadaan tempat atau tanah untuk memulakan sesuatu usaha, kami rangkakan beberapa pakej khusus untuk memenuhi tuntutan itu.

“Setakat ini kami perkenalkan program antaranya pertukangan besi, gunting rambut, gerai burger dan mesin rumput, khusus untuk golongan muda yang berminat untuk memajukan diri mereka dalam bidang usahawan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata bagi program gunting rambut dan gerai burger, pergerakan itu bekerjasama dengan Anggota Parlimen Belia untuk mengenal pasti individu berpotensi dan memberi latihan khusus kepada mereka.

“Pemuda memiliki kedai gunting rambut di Simpang Empat, manakala bagi gerai burger, Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim ada memberi sumbangan gerai kepada pemuda-pemuda yang dikenal pasti ada komitmen untuk menjayakan program ini,” katanya.

Syed Atief berkata bagi pertukangan besi pula, peserta yang berkemahiran dalam bidang itu tidak perlu menyediakan kos membeli peralatan, deposit sewa bengkel atau bayaran bil air serta elektrik.


“Mereka hanya perlu mencari pelanggan yang ingin menempah, datang bertukang di bengkel Pemuda dan jual hasil kerja mereka. Pemuda membantu dari segi kos atau modal memulakan perniagaan dalam bidang ini yang dianggarkan sebanyak lebih RM20,000,” katanya.

Beliau berkata bagi golongan pemuda yang tiada kemahiran khusus atau tidak berminat untuk mempelajari kemahiran baharu, Pemuda menyediakan kelengkapan mesin rumput untuk kegunaan mereka.

Katanya program ini sangat memberikan kesan kepada peserta kerana mereka dijangka mampu menjana pendapatan antara RM50 hingga RM200 sehari.

Syed Atief berkata syarat untuk menyertai setiap program usahawan berkenaan sangat mudah iaitu terbuka kepada semua golongan belia di bawah 30 tahun dan hanya wajib mendaftar sebagai pengundi. – BERNAMA

Kategori