KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan hasil sentuhan seni apabila pelukis terkenal dunia Hu Xiao Xing dari China mengadakan demonstrasi cat air hidup sempena pelancaran Pameran Cat Air Antarabangsa Re-Interpretasi” – Kuala Lumpur 2018 hujung minggu ini.
“Demonstrasi Hu Xiao Xing membolehkan orang ramai dan khususnya pencinta seni untuk lebih memahami potensi semua karya seni mereka,” kata Pengerusi Persatuan Cat Air Malaysia (MWS), Calvin Chua Cheng Koon dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pameran anjuran MWS itu akan diadakan dari 21 Jan hingga 21 Feb di Malaysian Watercolour Space, Jalan SS3/39 di Petaling Jaya. Pameran itu juga akan dihadiri oleh pelulis terkenal dari Malaysia dan pelukis lain dari China .
Chua berkata, selain pameran, turut diadakan ialah “Siri Ceramah Pelaburan mengenai Seni” pada 1, 4 dan 11 Feb di venue yang sama memandangkan potensi dan masa depan Seni Malaysia dan kesan positifnya kepada pembangunan ekonomi dan kebudayaan negara.
Beliau berkata pembangunan ekonomi Malaysia telah mencapai tahap kemajuan yang signifikan ke arah menjadi negara maju.
“Kami fikir Malaysia kin bersedia untuk memacu ke tahap yang lebih tinggi dalam aktiviti perniagaan dan ekopnomi apabila seni menjadi kelebihan dalam gelombang seterusnya perniagaan berasaskan web maya,” kata beliau.
MWS, yang ditubuhkan sejak 1980-an dengan ahlinya terdiri daripada lebih 70 pelukis cat air, memainkan peranan utama dalam memajukan agenda seni luis melalui pelbagai program demi menggalakkan dan mewujudkan kesedaran bagi menghargai nilai seni di kalangan pemimpin perniagaan di Malaysia. – BERNAMA