Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa Perlu Utamakan...

KANGAR - Ibu bapa perlu memberi keutamaan terhadap perkembangan pendidikan awal dan pembentukan...

NCCIM Sambut Baik Johari...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyambut baik pelantikan...

Keliru Papan Tanda ‘Pork...

Zed Zaidi, 34, atau nama sebenarnya Rozaidi bin Abd Jamil dikecam peminat selepas mengeluarkan...

Pesara Jangan Hanya Bergantung...

PUTRAJAYA - Pelan persaraan awal dengan jumlah simpanan yang mencukupi amat penting bagi...

Pemain Kelas Dunia Lebih Fokus Kejohanan Penting

KUALA LUMPUR – Ekoran kekalahan awal pemain kelas dunia di Kejohanan Masters Malaysia, bekas jaguh dunia, Lin Dan dari China menyifatkan tidak semua pemain terkemuka dapat mempamerkan aksi terbaik dalam semua perlawanan kerana bergantung kepada tahap kejohanan yang disertai.

Bagi juara dunia lima kali itu, pemain kelas dunia lebih memberikan komitmen dalam Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Sukan Asia dan All England yang mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding kategori Masters yang merupakan kejohanan tahap empat.

Selepas rakan sepasukannya Chen Long yang juga merupakan pemain pilihan ketiga dan Son Wan Ho, pemain pilihan keempat dari Korea Selatan tersingkir seawal pusingan pertama, kini giliran beliau pula yang turut mengalami kekalahan awal di kejohanan Perodua Masters Malaysia.

“Kebanyakan pemain kelas dunia, mereka akan tumpukan kepada pertandingan seperti kejohanan dunia dan orang tidak boleh mengharapkan kami (pemain kelas dunia) untuk berjaya dalam setiap kejohanan ,” kata beliau selepas perlawanan.

Berdasarkan peraturan terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun (tiga kejohanan tahap dua, lima kejohanan tahap tiga dan empat kejohanan tahap empat).

Terdahulu Lin Dan tewas kepada Ihsan Maulana Mustofa dari Indonesia 16-21, 21-18, 17-21 pada perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, di sini.


Mengulas tentang kekalahannya itu, Lin Dan mengakui beliau mengambil mudah pada set terakhir dan memberikan kemenangan mudah kepada Ihsan.

“Saya tidak bermain dengan baik dalam set terakhir dan melakukan kesilapan serta membiarkan lawan memenangi perlawanan, “ katanya. – BERNAMA

Kategori