Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ini Bukan Gosip: Wak...

Sebut sahaja nama Wak Doyok pastinya terbayang-bayang penampilan stylo beserta wajah berjambang dan...

Izreen, Erra Tak Bincang...

PETALING JAYA - Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia tidak pernah membincangkan dengan Erra...

Polis Thai Rampas Hampir...

BANGKOK – Pasukan Biro Pembanterasan Narkotik (NSB) Thailand menahan sebuah trak di wilayah...

Cuti Umrah Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR – Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk...

Pemandu Nyaris Maut Treler Terjunam Dari Jambatan

KUANTAN – Seorang pemandu treler nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terjunam dari Jambatan Ahmad Shah setinggi 13 meter di Temerloh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata kejadian pukul 11.30 pagi di Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan itu bagaimanapun hanya menyebabkan Mohamad Faridz Ridzuan Mahmood cedera ringan.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa cuba untuk mengelak daripada melanggar sebuah kereta yang memberi laluan kepada sebuah ambulans.

“Ia menyebabkan treler itu terbabas sebelum terjatuh ke kawasan lapang di bawah jambatan dengan hujung kenderaan itu turut memasuki bahu jalan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Zundin menambah semasa kejadian, treler milik syarikat pengangkutan di Mentakab itu tidak membawa muatan kerana dalam perjalanan pulang selepas menghantar papan lapis ke Pelabuhan Kuantan.


Beliau berkata siasatan awal juga mendapati pemandu treler mempunyai 17 saman dengan dua daripadanya masih belum dijelaskan.

Katanya, pihaknya akan melakukan ujian air kencing ke atas pemandu dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori