Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bayar Dividen KWSP Hingga...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan kenyataan mengenai pembayaran dividen...

Tukar Gambar Profil, Erin...

LEWAT kebelakangan ini, pelakon Erin Malek sering memuat naik gambarnya memakai tudung litup...

Makkah `Diserang’ Ribuan Cengkerik

MAKKAH - Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu...

22 Mac Tarikh Lihat...

PETALING JAYA – Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 22 Mac...

Pemandu Teksi Kulim Sedia Pindah Demi Stesen Baharu

KULIM – Lebih 80 pemandu serta pengusaha teksi dan bas ekspres di stesen bas Kulim bersedia untuk dipindahkan ke kawasan sementara bagi memberi laluan kepada projek pembinaan terminal bas baharu bernilai RM2.5 juta.

Pengerusi Persatuan Tuan-Tuan Ampunya Kereta Sewa Bandar Kulim, Ahmad Husni Hussin berkata, mereka akan berpindah segera ke tapak sementara sebaik saja kerja penurapan jalan yang dijangka siap pada Februari nanti.

“Kami menyambut baik projek ini dan tiada masalah untuk berpindah ke tapak sementara memandangkan jaraknya tidak sampai 500 meter dari tempat asal.

“Apa yang penting, penantian selama lebih 20 tahun untuk mendapatkan stesen bas dan teksi baharu tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat ringkas berkenaan projek pembinaan stesen bas baharu Kulim di sini, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kulim, Chua Thiong Gee berharap proses pemindahan pengusaha bas, teksi serta gerai makanan di stesen itu berjalan lancar.

Katanya pihaknya akan mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa dengan pengusaha terbabit untuk mengetahui sebarang masalah yang timbul memandangkan kerja pembinaan akan dilakukan secara berperingkat.


“Bagi perjumpaan hari ini, kita mendapat maklum balas yang baik dari semua pihak di mana mereka bersedia untuk pindah ke kawasan sementara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Ir Muhamad Tarmymy Che Ani berkata kerja pemindahan dijangka dimulakan pada awal Mac.

“Bagi teksi, kita pindahkan operasi mereka ke satu kawasan lapang yang terletak tidak sampai 500 meter dari tempat asal manakala bas dipindah ke bahagian parkir awam yang bertentangan medan selera.

“Bagi penumpang pula, deretan kedai sedia ada akan dijadikan tempat menunggu selepas peniaga di situ dipindahkan ke sebelah pejabat Jabatan Penerangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori