Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pegawai Menteri Mula Kosongkan...

PUTRAJAYA - Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila beberapa pegawai...

Sultan Johor Bertemu Ratu...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluangkan masa bersama Ratu...

Harga Barang Perlu Turun...

RENTETAN kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada...

Sultan Johor Meninggalkan Istana...

KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilihat keluar meninggalkan...

Pembangkang Selindung Di Sebalik Perkataan `Rakyat’

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang sering berselindung di sebalik perkataan ‘rakyat’ dalam memperjuangkan kepentingan politik mereka.

Terbaharu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempergunakan perkataan ‘rakyat‘ sebanyak lima kali bagi membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menggunakan perkataan ‘rakyat‘ berulang kali sedangkan kenyataan yang beliau keluarkan hari ini jelas berkepentingan kepada parti pembangkang.

Berikut petikan penggunaan perkataan ‘rakyat’ oleh Nurul Izzah yang tidak berpuas hati dengan SPR:

1. “SPR diingatkan bahawasanya ‘rakyat‘ bukan sahaja memerhati, tetapi juga terlibat secara langsung dengan proaktif dalam PRU kali ini”

2. “Saya yakin, langkah ini mustahak bagi menjamin ketelusan SPR disemak oleh ‘rakyat‘”

3. “Bukankah SPR bertanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya secara adil dan saksama tidak kira apa jua pola pengundian yang berada dalam peti undi oleh ‘rakyat‘?”

4. “Tuntas, saya tegaskan ‘rakyat‘ dan NGO sama-sama mengambil peranan dalam meningkatkan pengetahuan kependidikan pilihan raya”


5. “Saya juga mendesak Pengerusi SPR tampil dengan jawapan yang berpihak kepada `rakyat‘ jelata”

Nurul Izzah merupakan anak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah mendapati dia terlibat dalam perbuatan liwat seorang lelaki lain.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga sering dikritik ramai netizen tempatan kerana amat jarang turun padang meninjau masalah ‘rakyat‘ marhaen di kawasannya sendiri berbanding pihak UMNO.

Malahan nama parti beliau itu turut disindir penganalisis politik kerana bukan berjuang untuk ‘rakyat‘ tetapi diwujudkan khas untuk membela nasib bapanya yang terpalit isu moral. – MYNEWSHUB.CC

Kategori