Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Politik Wang: Dua Ahli...

ALOR SETAR - Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah direman selama enam...

Tradisi Pelita Raya Hiasi...

KUALA LUMPUR - Mengimbas suasana tradisi menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama...

Lagi Individu Didakwa Kes...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan ada lagi...

Peserta Himpunan Berdepan Tindakan

Kuala Lumpur : Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam...

Pembangkang Tak Mampu Selesai Masalah Rakyat

BELURAN – Pemimpin parti-parti pembangkang memainkan isu masalah pembangunan di kawasan luar bandar Sabah sekadar untuk meraih sokongan rakyat kerana hakikatnya mereka tidak mampu untuk menyelesaikannya.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata parti pembangkang, yang biasanya ‘aktif’ menjelang pilihan raya, akan membangkitkan sesuatu isu yang mampu menarik perhatian rakyat demi kepentingan politik mereka.

Namun, katanya, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah pembangunan yang diperlukan rakyat berikutan kepincangan yang wujud dalam kepimpinan parti pembangkang.

“Parti pembangkang bukan pilihan untuk menyelesaikan masalah rakyat disebabkan perjuangan mereka lebih kepada kepentingan peribadi dan politik,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Obah Paitan dekat sini, hari ini.

Justeru itu, Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, meminta rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beluran tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan janji kosong parti-parti pembangkang.

Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti mampu dan mempunyai rekod baik dalam melaksanakan pembangunan di kawasan luar bandar.


Malah, katanya, kerajaan BN terus gigih melaksanakan pembangunan khususnya kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya di kawasan luar bandar.

Menurutnya pembinaan Loji Rawatan Air Paitan dan penyediaan jalan raya berturap dari Sapi Nangoh hingga ke Paitan juga membuktikan komitmen berterusan kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas rakyat di kawasan Daerah Kecil Paitan.

Dalam memenuhi keperluan rakyat, Ronald berkata sebanyak 70 dewan serbaguna, 37 masjid dan 17 gereja baharu turut dibina di kawasan Parlimen Beluran. – BERNAMA

Kategori